Semalam, pelakon Abby Abadi ada memaklumkan secara umum di platform Instagram bahawa dirinya akan turun berkempen bagi membantu parti politik sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Susulan memberitahu hal itu di dalam media sosial, Abby menerima pelbagai tohmahan serta kecaman daripada para netizen.
View this post on Instagram
Di dalam satu ‘posting’ yang dimuat naik olehnya, gambar berkenaan mempunyai kata-kata inspirasi berkait dengan fitnah serta di perkongsian sama, dia selitkan video bukti-bukti fitnah yang diselitkan oleh sebuah parti politik.
Apabila meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata netizen mempersoalkan perkongsian ‘panas’ yang dibuat oleh selebriti tersebut dengan memburukkan parti lain.
Bukan hanya mempertikaikan, malah mereka juga ingin ‘unfollow’ Abby di Instagram kerana merasakan dia menyebarkan kebencian ketika berkempen di platform berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.