Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Perlu Tanya Pun Tak Apa Soalan Pasal Anak – Abam Bocey

Apabila usia perkahwinan sudah mencecah usia 1 tahun, soalan yang paling kerap diterima oleh mana-mana pasangan suami isteri ialah “bila lagi nak ada anak”. Ia adalah satu soalan yang cukup sensitif, lebih-lebih lagi apabila diterima ketika sanak saudara berkumpul ramai-ramai di Aidilfitri. Dan pastinya ia adalah soalan yang akan diterima oleh Abam Bocey sepanjang Syawal ini, yang telah pun mendirikan rumahtangga selama satu tahun. Namun begitu, Abam telah bersiap sedia untuk menjawab soalan maut ini.

abam bocey

Advertisement

Bagi Abam, soalan ini perlu dijawab dengan serius walaupun dirinya adalah seorang pelawak. Namun yang terbaik ialah jika soalan ini tidak ditanya kepada mana-mana pasangan suami isteri kerana ia mampu mengguris hati dan perasaan. Iyerlah, pasangan mana yang tak mahu anak kan? Cuma belum sampai rezeki nya lagi.

Kata Abam:-

Hari-hari saya merancang tapi Allah yang menentukan. Saya memang dah bersedia dengan jawapan jika ada yang bertanya soal anak. Saya tahu mesti ada yang akan bertanya kahwin dah nak setahun tapi bila nak dapat anak. Jawapan saya senang sahaja, kalau kita nak mati esok, kita tahu tak? Macam itu juga dengan kelahiran. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada, kita usaha

Orang akan jangka kita jawab dalam keadaan berjenaka sebab mereka ingat pelawak boleh buat main-main. Tapi soal ini, saya akan cakap dalam keadaan serius. Bagi saya soalan macam itu tak perlu ditanya pun tak apa. Tunggu saja berita gembira kalau orang tu nak beritahu. Perasaan orang pun perlu dijaga. Letak diri kita di tempat orang yang ditanya. Kita yang baru setahun kahwin pun ada rasa sedih. Macam mana pula pasangan yang dah berpuluh tahun kahwin

abam bocey

Bagi Abang Nara, mereka yang bertanya soalan sebegini sebenarnya sekadar ingin berbual-bual. Jangan sampai stress nak menjawabnya. Anggaplah persoalan mereka itu satu doa. Insya Allah kalau betul-betul dah bersedia, Allah akan murahkan rezeki untuk kita menimang cahaya mata. Apa-apa pun, doakanlah Abam dan isteri dimurahkan rezeki agar bergelar ibu dan ayah di masa terdekat. Amin. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 Comments

  1. Prof Memandai

    June 21, 2018 at 1:41 pm

    Hahaha…tumpang gelak baca komen

Loading...
To Top