“Tak Perlu Sugar Daddy..”- Didakwa ‘Ditaja’ Seseorang Untuk Buat Bisnes, Penyanyi Syura Tampil Nafi Fitnah

Hiburan

“Tak Perlu Sugar Daddy..”- Didakwa ‘Ditaja’ Seseorang Untuk Buat Bisnes, Penyanyi Syura Tampil Nafi Fitnah

Pelakon dan juga penyanyi, Syura yang kini memulakan perusahaan berasaskan kosmetik meluahkan rasa terkilan kerana didakwa telah ‘ditaja’ oleh seseorang dalam menjalankan perniagaan.

SyuraSumber : Instagram Syura  

Dakwaan tersebut telah dikemukakan oleh seorang individu yang mempersoalkan sumber kewangan Syura yang mungkin ditaja seseorang berstatus ‘sugar daddy’ menerusi akaun Instagramnnya.

Advertisement

Namun begitu, Syura tampil menafikan pernyataan tersebut dan menganggap ianya sebagai fitnah semata-mata.

Dia turut menjelaskan bahawa modal untuk memulakan perniagaan kecilnya itu merupakan wang hasil daripada titik peluh dan daripada simpanannya.

“Ya saya sedar saya tak ada apa yang boleh dibanggakan, tapi alhamdullilah saya guna duit saya sendiri untuk buat bisnes kecil saya ini. Saya tak perlu pun sugar daddy untuk saya buat bisnes, saya pakai duit simpanan saya untuk buat semua ini. Kalau cik DM (mesej peribadi) hanya untuk fitnah, terima kasih banyak-banyak.”

Penyanyi lagu Nazam Berkasih ini dilihat telah memuat naik tangkap layar mesej yang dihantar individu tersebut di ruangan Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Tambah Syura lagi, meskipun bidang seni tidak sangat menyebelahi dirinya, namun dia berkata dia sama sekali tidak akan mencari jalan yang tidak diberkati dalam mencari rezeki untuk menjana pendapatan harian.

“Saya sedar kedudukan saya dalam industri ni, tapi sekurang-kurangnya saya berjuang untuk cari rezeki, bukan ambil cara mudah dapat duit dengan sugar daddy tu..Charmant tu saya yang bina dengan hasil simpanan saya sepanjang saya cari rezeki dalam industri, saya masih bertatih dalam bidang perniagaan.”

Syura turut meminta mereka di luar sana agar berhenti membuat fitnah kerana dakwaan seperti itu tidak menjadi ‘kudis’ buat dirinya dan memohon doa yang baik-baik untuk dirinya.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan rakan artis tampil memberi sokongan kepada penyanyi ini agar tidak putus semangat dalam mengusahakan perniagaan berasaskan kecantikan wanita itu.

Sekadar info, Syura yang kini bergelar ibu tunggal kepada tiga orang cahaya mata iaitu Nurul Dania, 14, Nurul Qaisara Sofea,13 dan Mohd Irfan Aryan yang kini berusia 8 tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Syura Badron

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...