Pelakon, Sharnaaz Ahmad tampil menyuarakan pendapat mengenai isu beberapa orang pempengaruh lelaki yang mengenakan busana ala-ala wanita di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) Ahad yang lalu tu.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Sharnaaz berkata dia mahu tindakan segera diambil bagi mengelakkan perkara ini terus berlarutan.
s
Saya rasa perlu ada tindakan segera lah sebelum benda ni makin merebak, makin menjadi-jadi.
Sebab puak ni tak boleh ditegur, kalau mengamuk lain macam sebab mereka rasa mereka betul.
Dalam pada itu, pelakon itu turut menasihat orang ramai agar tidak menyerupai selebriti kesayangan mereka.
Saya nak pesan pada yang minat artis tu, tak perlu sampai jadi artis tu.
Dia tu memang perempuan. Dia nak pakai durian belanda atas kepala pun tak apa sebab dia perempuan.
View this post on Instagram
Dia juga mempertikai tindakan sesetengah kaum wanita yang didakwa menyokong tindakan pempengaruh itu kerana perkara tersebut tidak patut ditonton oleh golongan kanak-kanak kerana dikhuatiri boleh mempengaruhi pemikiran mereka.
Sebelum ini, tular mengenai pempengaruh yang hadir ke AJL39 memakai busana ala-ala wanita dan rata-rata orang ramai mengecam tindakan mereka kerana mempamerkan contoh yang tidak baik di khalayak ramai.