“Tak Perlu Rasa Segan Untuk Minta Maaf, Itu Lebih Baik” – Datuk Seri Siti Nurhaliza

Hiburan

“Tak Perlu Rasa Segan Untuk Minta Maaf, Itu Lebih Baik” – Datuk Seri Siti Nurhaliza

Sebelum ini, biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima kecaman ramai gara-gara tindakannya mempromosikan produk berkaitan nikotin di Instagram miliknya tempoh hari.

Berikutan itu, Siti tampil memohon maaf dan mengakui khilaf atas perkara tersebut kerana enggan membiarkan isu tersebut berlarutan.

Advertisement

Jika khilaf, saya perlu minta maaf. Itu lebih baik. Tak perlu rasa segan untuk minta maaf.

Ujar Siti yang ditemui media, dia mengakui dia sendiri yang memuat naik hantaran tersebut dan berharap orang ramai menerima permohonan maaf tersebut.

Saya sendiri yang kongsi. Saya sudah minta maaf. Rasanya semua orang faham. Saya kongsi (hantaran itu) ketika dalam keadaan santai. Mungkin silap berkongsi.

Tindakan Siti sebelum ini telah menerima teguran ramai pihak termasuklah laman Facebook Public Health Malaysia yang menganggap ia dapat memberi kesan besar kepada masyarakat memandangkan statusnya sebagai penyanyi tersohor negara.

Perkembangan terkini, Siti kini bekerjasama dengan pihak Pavilion mempamerkan koleksi peribadinya sepanjang bulan Ramadan ini.

Siti juga bakal melancarkan lagu raya terbaru selain perancangan konsert pada tahun ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Linda onn
20 hours ago

"Dulu Tak Ada Kamera Merata Nak Rekod, Hidup Tak Bebas Macam Dulu Dik.." - Linda Onn

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...