Tak Perlu Pun Nak “Scam” Anak Kita, Berterus Terang Adalah Lebih Baik

Trending

Tak Perlu Pun Nak “Scam” Anak Kita, Berterus Terang Adalah Lebih Baik

Dulu saya pun rajin guna ayat ini. Kalau anak nak mainan, saya akan cakap,

Advertisement

“Dah, dah. Banyak dah mainan di rumah, tak main pun. Ingat bapak cop duit ke?” tegah saya dengan nada yang sangat keras.

Yang saya hairan, kuat pula suara saya pada masa itu. Macam nak satu shopping complex tahu. Rupa-rupanya ini adalah ayat SCAM dari seorang ibu bapa kepada anaknya.

Sejak berlaku satu peristiwa yang tidak dapat saya sebutkan, kerana ia amat menguris jiwa, saya pun ubahlah cara. Sebab itu cara orang lama-lama macam sentiasa betul.

Dah lama saya guna ayat ini.

“Ayah kena kumpul duit dulu. Dah cukup, kita beli.” atau;

“Bolehlah beli, sebab ayah ada duit lebih.”

Yang saya hairan, selepas beberapa ketika anak saya akan rajin bertanya dulu.

“Ayah, kalau kita beli mainan ini, boleh ke?”

Dan yang paling saya hairan, selalunya mereka akan keluarkan duit dari poket.

“Ayah, kalau kita nak guna duit sendiri, boleh ke?”

Saya jarang ajar mereka menabung, tetapi ia terjadi dengan sendirinya. Mereka akan menabung kalau ada hajat nak beli mainan yang mereka suka.

Saya rasa, dengan pendekatan yang positif akan membuahkan hasil yang juga positif. Jadi, jangan scam anak kita, berterus terang adalah lebih baik.

Sumber : Zulkifli Mohamed Sharif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...