“Tak Perlu Publisiti” – Sheila Majid Mahu Kerajaan Lebih Cakna Akan Tanggungjawab Terhadap Mangsa Banjir

Hiburan

“Tak Perlu Publisiti” – Sheila Majid Mahu Kerajaan Lebih Cakna Akan Tanggungjawab Terhadap Mangsa Banjir

Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid mengingatkan setiap kementerian dan agensi kerajaan supaya cakna akan tanggungjawab mereka terhadap rakyat yang terjejas disebabkan bencana banjir.

3 years ago

Selamat Bertunang Dengan Wanita Pilihan, Anak Lelaki Sheila Majid Bakal Mendirikan Rumah Tangga

Advertisement

Menurut Sheila, bencana banjir yang melibatkan beberapa negeri utama di Semenanjung tanah air merupakan krisis nasional yang perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Kita perlukan pelan dan delegasi mampan tentang apa yang perlu dilakukan secara sistemaik dengan kadar segera selaras dengan bidang kerja setiap kementerian dan agensi kerajaan.

Sheila turut memberitahu bahawa hanya menteri-menteri yang memiliki kuasa untuk meluluskan perkara di peringkat nasional dan tolonglah salurkan sumber bantuan yang sudah ada.

Perkara tersebut dikongsikan Sheila menerusi sebuah hantaran Instastory dalam laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya di media sosial tersebut.

Dalam pada itu, Sheila turut menempelak tindakan segelintir pemimpin yang masih dahagakan perhatian dan publisiti pada saat ramai yang sedang sengsara disebabkan masalah banjir.

Sheila Majid

Tambah Sheila, mereka sememangnya perlu tinjau kawasan terjejas namun tidak perlu pelancaran atas nama publisiti dan pergi sendiri bersihkan rumah orang kerana itu semua bukan apa yang orang mahukan.

Sebaliknya, Sheila memberitahu yang pihak kerajaan perlu wujudkan pasukan bantuan terdiri daripada pakar-pakar yang tahu bagaimana mahu mengendalikan krisis nasional serta gerakkan pasukan tentera untuk membantu jika diperlukan.

Orang tak perlukan wang sekarang, mereka perlukan sokongan dan bantuan.

Ujar Sheila lagi, masih ramai yang terperangkap dalam situasi banjir sekarang dan itu menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat kerana ia merupakan keutamaan paling utama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...