Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tak Perlu Pertikaikan Orang Nak ‘Post’ Apa, Suka Hati Dialah” – Elfira Loy

Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy memberi pandangannya mengenai sesetengah selebriti yang memuat naik hantaran mengenai isu Palestin namun mendiamkan diri berhubung kejadian yang berlaku di Afghanistan baru-baru ini.

Advertisement

Menurut Elfira ketika ditanya oleh pihak Harian Metro mengenai hal ini, semuanya terpulang kepada selebriti terbabit untuk memuat naik perkara yang mereka ingin kongsi di media sosial kerana semua yang dikongsi akan ditanggungnya sendiri.

Hidup ini tak perlulah pertikaikan orang nak muat naik hantaran apa. Suka hati dialah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

Tambahnya lagi, sehingga kini dia tidak memuat naik perkara yang berkaitan dengan isu Taliban yang menawan Kabul kelmarin kerana ternampak ada individu meninggalkan komen di akaun seorang selebriti supaya lebih berhati-hati apabila berkongsikan mengenai isu ini.

Advertisement

Elfira Loy dan anaknya

Sekadar info, isu Taliban telah menawan Kabul sekali gus menawan Afghanistan buat pertama kali selepas hampir 20 tahun Amerika Syarikat menduduki negara itu pada 2001 sedang hangat dibincangkan di media sosial sejak kebelakangan ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top