Siapa dekat sini pernah alami situasi di mana dah minum air yang banyak tapi kulit masih kering, muka kusam, badan pun rasa lembik je?
Kadang-kadang bila nak fokus dalam kelas atau semasa melakukan kerja, kita akan cuba perbanyakkan minum air sebab kata orang, ia dapat bantu untuk beri oksigen pada otak, tapi kenapa bila kita buat tak menjadi?
Mungkin bukan sebab tak cukup air… tapi sebab jenis air tu sendiri. Kalau anda pun pernah mengalami situasi yang sama, meh sini kami kongsikan kenapa pentingnya memilih jenis air yang betul.
Air Bukan Sekadar Untuk Hilangkan Dahaga
Percaya ataupun tidak, pemilihan jenis air ni sangat penting untuk luaran dan dalaman tubuh badan kita, dan ia bukan sekadar untuk hilangkan dahaga semata.
Selama ni kita fikir semua air sama je, asalkan jernih dan sejuk dah cukup. Tapi realitinya, kualiti air tu boleh tentukan bukan saja tahap hidrasi, tapi juga kesihatan kulit, tulang dan minda kita.
Kalau air tu kaya dengan mineral semula jadi, especially silika, barulah badan dapat manfaat penuh, dari kulit sampai ke sendi.
Silika: Rahsia Kesihatan Sebenar Yang Ramai Terlepas Pandang
Perasan tak, sekarang ni ramai orang obses hingga tahap sanggup melaburkan jumlah wang yang banyak untuk kolagen demi memastikan kolagen tak cepat hilang, kulit kekal sihat dan awet muda.
Bukan itu saja, ada juga yang lebih bergantung kepada suplemen tambahan untuk memastikan tenaga mencukupi, serta untuk bantu agar rambut dan kuku dapat tumbuh dengan sihat…
Persoalannya, kenapa perlu membazir wang yang banyak sedangkan anda boleh dapat khasiat secara semula jadi dengan silika?
Dengan silika yang cukup, kulit boleh menjadi tegang, rambut akan berkilau, kuku kuat dan badan pun rasa ringan sebab sendi anda menjadi fleksibel. Baguskan?
Senang cerita — silika ni macam body maintenance dari dalam.
Macam Mana Nak Consume Silika?
Mesti anda tertanya, apa itu silika? Kalau anda nak tahu, silika atau silikon dioksida (gabungan silikon dan oksigen) adalah nutrien penting yang membantu kita menghasilkan kolagen dalam badan.
Kolagen ini sangat diperlukan untuk memastikan kesihatan yang optimum dalam kehidupan seharian kita dan dengan manfaat daripada kulit yang lebih licin hinggalah usus yang sihat.
Chop, chop, chop! Dekat mana nak dapat silika ni? Kalau anda nak tahu, silika ada dalam makanan berasaskan tumbuhan macam oat dan barli, tapi disebabkan diet moden banyak yang diproses, kita memang takkan dapat khasiat yang mencukupi.
Cara paling senang? Minum air semula jadi yang kaya dengan silika!
Pilihlah Air Mineral Semula Jadi Spritzer
Spritzer bukan air biasa, ia datang dari sumber air bawah tanah dalam kawasan hutan hujan seluas 400 ekar, kaya dengan silika semula jadi sebanyak 60mg/L.
Kajian dari tiga universiti (London, Keele & Warsaw) pun dah sahkan kandungan silika Spritzer ni selamat dan berkesan tau!
Selain tu, ia juga mengandungi mineral penting lain macam kalsium, magnesium dan kalium yang lengkap untuk kesejahteraan tubuh badan.
Manfaat & Kelebihan Minum Minuman Kaya Silika
Memandangkan Air Mineral Semula Jadi Spritzer kaya dengan silika, ada banyak manfaat dan kelebihan yang badan anda boleh perolehi tau!
Antaranya, dari segi luaran badan, silika berupaya untuk melembutkan kulit, menjadikan rambut lebih halus bersinar serta kuku anda akan jadi lebih kuat.
Manakala manfaat dalaman pula, silika akan membantu jantung untuk kekal sihat, tulang dan sendi akan menjadi kuat, minda akan jadi lebih tajam dan mudah fokus, serta perut akan sentiasa sihat.
Kecantikan & Kesihatan Tubuh Badan Tanggungjawab Kita, Jom Sama-Sama Kita Jaga!
Kalau sebelum ni minum air sekadar nak hilangkan dahaga, sekarang mungkin tiba masanya untuk fikir semula pemilihan jenis air yang betul supaya ia dapat membantu kesihatan luaran dan dalaman badan serta mood anda kekal “on point”.
Dengan Spritzer Natural Mineral Water, setiap teguk bukan sekadar untuk menyegarkan, tapi bantu rasa lebih baik untuk luar dan dalam.