Tak Perlu Perbaharui Lesen Memandu Yang Telah Tamat Tempoh Sehingga 31 Mac & Sekiranya Ditahan Polis, Lakukan Cara Ini

Automotif

Tak Perlu Perbaharui Lesen Memandu Yang Telah Tamat Tempoh Sehingga 31 Mac & Sekiranya Ditahan Polis, Lakukan Cara Ini

Kerajaan prihatin! Kepada semua pemilik kenderaan persendirian yang mana mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang telah tamat tempoh, korang diberikan pengecualian untuk memperbaharui lesen korang tu gais.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, perkara ini akan berkuatkuasa dalam tempoh 1 Februari hingga 31 Mac ini. Pengecualian ini dibuat bagi mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, sekaligus bagi mengurangkan kesesakan di tempat awam.

Advertisement

Walaupun diberi pengecualian untuk perbaharui lesen memandu, korang perlu pastikan kenderaan korang tu ada perlindungan insurans yang sah gais. Salinan sijil perlidungan tu perlu ada dengan korang dan sekiranya ditahan polis nanti, bagilah salinan sijil perlindungan tu dekat mereka nanti ya.

Semua pemegang lesen LKM dan CDL ni haruslah perbahurui lesen korang tu selewat-lewatnya 30 hari selepas tarikh dikuatkuasakan berakhir iaitu pada 30 April nanti. Jangan lupa pula!

Walaubagaimanapun, pengecualian ini tidak termasuk kepada pemilik kenderaan perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV) ya. Jangan korang memandai pula tak perbaharui lesen korang tu, nanti kena saman dengan polis kang, padan muka. Kah!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...