“Tak Perlu Panggil Datin, Gelaran Itu Bagi Saya Tak Beri Apa-Apa Kelebihan” – Intan Najuwa

Hiburan

“Tak Perlu Panggil Datin, Gelaran Itu Bagi Saya Tak Beri Apa-Apa Kelebihan” – Intan Najuwa

Aktres Intan Najuwa yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk akui enggan disapa dengan gelaran ‘Datin’.

Kata pelakon berusia 26 tahun itu, dia lebih selesa jika rakan terdekat dan kenalannya mengekalkan panggilan ‘Intan’ seperti sebelum ini.

Advertisement

Jujurnya saya rasa agak canggung bila orang panggil saya Datin. Saya masih Intan yang biasa. Tak perlu panggil Datin sebab bagi saya gelaran Datin itu tidak membawa apa-apa kelebihan.

Intan Najuwa

Malah, Intan akui menegur dan memarahi rakan-rakan baiknya yang memanggil dengan gelaran Datin selepas dia bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman.

Dalam pada itu, aktres berkenaan akui masih sedang belajar untuk menjadi isteri yang baik serta membiasakan diri dengan perubahan dalam kehidupannya.

Jika sebelum ini banyak pilihan saya putuskan sendiri, kini semuanya perlu mendapat keizinan dan perbincangan dengan suami.

intan suami

Intan Najuwa dan suami baby face
1 year ago

"Baby Face Muka 'Husband' Dia" - Intan Najuwa Hadir KLFW Bersama Suami, Ramai Puji Romantisnya.....

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...