Pelakon Emma Maembong mengakui bahawa dialah aktres wanita yang tular dikatakan mengunjungi sebuah kelab malam di Sarawak sejak semalam, sekali gus menjawab spekulasi yang berlegar di media sosial.
Menurut Emma, kehadirannya ke pusat hiburan yang terletak di Sibu, Sarawak itu adalah atas urusan kerja bagi merakam sebuah video muzik. Dalam masa sama, dia turut mengakui mahu menyaksikan persembahan seorang DJ yang membuat penampilan pada hari berkenaan.
“Saya tak fahamlah kenapa orang suka memberi reaksi berlebih-lebihan sampai nak kena ‘blurkan’ muka saya.
“Mudah saja, saya ke Sibu sebab nak rakam video muzik dan kebetulan DJ Kidd ‘spin’ di situ dan saya nak pergi tengok.
Emma turut menjelaskan bahawa dia sedar dirinya dirakam oleh orang ramai dan memilih untuk tidak menghalang perkara tersebut daripada berlaku.
“Bila orang rakam, saya yang lambai dengan mesra. Saya tahu ramai orang rakam dan biarkan benda itu terjadi.
“Jadi, bukannya saya menyorok di bawah meja, lainlah kalau wajah saya terkantoi kemudian tersebar,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Seribu Tahun itu mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang mengaburkan wajahnya dalam beberapa hantaran sebelum ini.
“Biarkan dan tak perlu nak kaburkan muka serta beritahu siapa pelakon itu.
“Sedangkan saya sendiri yang masuk dengan gembira, ramai orang jaga saya.
“Orang-orang Sibu sangat ‘sporting’ dan mereka pun tidak ‘judgemental’ sangat,” katanya lagi.
Terdahulu, media sosial kecoh apabila tular sebuah video memaparkan seorang pelakon wanita berstatus ibu tunggal dipercayai mengunjungi sebuah kelab malam di Sarawak. Dalam rakaman tersebut, kelibat pelakon berkulit cerah itu dilihat diiringi oleh sekumpulan pengawal keselamatan peribadi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
