Tak Perlu Naik Flight, Travel Dari Malaysia Ke China Naik Kereta Api Dengan Bajet RM536 Je!

Travel

Tak Perlu Naik Flight, Travel Dari Malaysia Ke China Naik Kereta Api Dengan Bajet RM536 Je!

Selalunya pasti kita akan ingat kalau nak ke China cuma boleh naik kapal terbang je kan? Tapi sebenarnya, korang boleh jejakkan kaki ke tembok besar itu dengan hanya menaiki kereta api tau!

Bercuti ke China dengan hanya menaiki kereta api

Seorang pengguna di Facebook yang bernama Muhammad Syauqi, baru-baru ini, ada berkongsikan pengalamannya menjelajah dari Arau, Perlis pergi ke Kunming, China dengan kos yang tak melebihi RM600 pun.

Advertisement

dari malaysia ke china naiki kereta api

Walaupun perjalanan menaiki kenderaan darat ini akan lebih memakan masa berbanding naik flight, tapi pengalaman yang korang boleh rasai itu yang sememang priceless!

Bajet dan kos perjalanan

Korang boleh menaiki kereta api melalui laluan Arau ke Padang Besar (RM3.20), diikuti Padang Besar ke Hatyai (RM8), kemudian Hatyai ke Bangkok menaiki kereta api kelas ketiga selama 16 jam (RM45). Seterusnya Bangkok ke Nong Khai menggunakan sleeper train yang memakan masa selama 10 jam (RM124).

dari malaysia ke china naiki kereta api

Selepas itu dari Nong Khai ke Thanaleng (RM3), Thanaleng ke Vientiane menaiki minivan (RM50), Vientiane ke Luang Prabang menaiki kereta api selama 2 jam (RM76), dari Luang Prabang ke Boten dengan kereta api 2 jam 30 minit (RM38), seterusnya Boten ke Immigration menggunakan minivan (RM11), dari Immigration ke Mohan menaiki bas kecil (RM3), dan akhirnya perjalanan diteruskan dari Mohan ke Kunming dengan kereta api selama 6 jam (RM175).

dari malaysia ke china naiki kereta api

Syauqi turut berkongsikan sedikit tips buat orang ramai, di mana tiket perlu beli di kaunter train station kecuali Bangkok-Nong Khai dan sesetengah tiket di atas dibayar dengan mata wang Baht tetapi dia telah convert ke Ringgit Malaysia bagi memudahkan netizen.

Bukan ‘shortcut’ tapi dapat menikmati permandangan indah

Dalam pada itu, pastikan korang membawa wang tunai yang mencukupi, terutama sekali apabila bergerak ke kawasan bandar kecil.

dari malaysia ke china naiki kereta api

Bagaimanapun, perjalanan ini bukanlah ‘short-cut’ ataupun cepat sampai tetapi ia lebih kepada untuk seseorang yang mahu menikmati permandangan kampung di Thailand, melintasi sawah padi Laos, hinggalah sampai ke China.

dari malaysia ke china naiki kereta api

Kalau korang suka pengalaman travel lain daripada yang lain ataupun penuh cabaran tapi sarat dengan kenangan, laluan darat dari Malaysia ke China ini memang patut ada dalam wishlist. RM536 untuk kenangan seumur hidup, memang berbaloi!

hanbok korea rent hijab
1 hour ago

Siap Ada Tudung 'Matching', Lelaki Korea Ini Sediakan Hanbok 'Mesra Hijab' Untuk Pelancong Muslim Dipuji Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...