“Tak Perlu Malu Untuk Jadi Diri Sendiri” – Fasha Sandha Jawab Kecaman Netizen Yang ‘Berbulu’ Tengok Dia Berjoget

Hiburan

“Tak Perlu Malu Untuk Jadi Diri Sendiri” – Fasha Sandha Jawab Kecaman Netizen Yang ‘Berbulu’ Tengok Dia Berjoget

Pelakon Fasha Sandha baru-baru ini tampil memberikan respon terhadap kritikan sesetengah netizen mengkritik dia kini gemar menari sakan setelah berjaya menurunkan berat badan.

Ujar Fasha dalam satu hantaran panjang lebar di Instagram, penurunan berat badan yang dialaminya kini bukanlah sebab dia gemar memuat naik video berjoget di media sosial.

Advertisement

Saya tetap bahagia dan enjoy dari dulu hingga sekarang. Jadi fakta mengatakan saya berbeza ketika badan berisi adalah tidak tepat. Saya tetap sama.

Dalam hantaran itu, Fasha turut memuat naik video lama di mana dia sedang asyik menari bersama suami, Aidil Aziz dan juga anak-anak.

Tambah pelakon jelita itu lagi, seseorang itu tidak perlu merasa malu untuk menjadi diri sendiri meskipun sudah bergelar isteri orang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Malu pada keluarga mentua? Kenapa? Pada saya, tak perlu malu jadi diri sendiri. Tiada siapa pun sempurna di dunia ini, tiada siapa layak untuk menilai orang lain. Lagi malu kalau kelihatan baik tapi bersifat hipokrit, juga selalu iri hati pada orang serta berhati tidak bersih.

Terdahulu, Fasha menjadi tumpuan orang ramai gara-gara video jogetnya bersama suami dan anak-anak sering dimuat naik di Instagram.

Malah ada yang menuduhnya melakukan pembedahan bariatrik sebagai jalan pintas menurunkan berat badan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nilam azlan komeng
1 year ago

'Penyondol' Mengaku Hantar Sihir, Isteri Pelakon Dakwa Anak Dalam Kandungan 'Hilang' - "Siap Hantar Video Berz*na Dulu"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...