Tak Perlu Lauk Fancy, Guna Trik Ini Untuk Buat Tetamu Rasa Dihargai & Selesa Macam Hotel 5 Bintang!

Branded

Tak Perlu Lauk Fancy, Guna Trik Ini Untuk Buat Tetamu Rasa Dihargai & Selesa Macam Hotel 5 Bintang!

Bayangkan saudara-mara jauh datang bertandang ke rumah untuk beraya, dengan cuaca yang cukup terik dekat luar, mestilah korang nak hidang air yang sejuk dan menyegarkan betul tak?

Waktu nak buat air tu, nak dijadikan cerita, AIS HABIS PULA! Haa, anak tengah memang confirm jadi mangsa untuk keluar beli ais, itu pun ikut nasib, kadang-kadang ais habis…

Sementara itu, korang yang ada dekat rumah ni, terpaksalah hidang air biasa-biasa, sekadar untuk basahkan tekak mereka. Masa inilah baru korang terfikir, ‘Kenapalah tak ada penapis air yang boleh buat ais sekali, kan senang…”

Boleh Tampung 1 KG Ais, Ucapkan Selamat Tinggal Tragedi Raya!

Siapa yang selalu sangat berharap ada penapis air yang boleh buat ais sekali tu, akhirnya harapan korang dapat direalisasikan.

Lepas ni, dah boleh buang penapis air lama dan tukar kepada One+ Water Purifier daripada SK magic. Lagi berbaloi!

Kenapa kami kata berbaloi? Jujur cakap, ada banyak kelebihan yang One+ Water Purifier tawarkan berbanding jenama lain.

Antaranya, penapis air ini dapat menghasilkan ais 20% lebih pantas dan mampu menampung ais sehingga 1 kilogram dalam satu masa, menjadikan ia jenama pertama dalam pasaran tau!

Soal kebersihan, korang memang tak perlu ragu sebab penapis air ini siap ada ciri UV Care yang dapat memastikan penghasilan ais yang bersih dan selamat.

Paling best, korang boleh pilih tau jenis ais yang korang nak seperti:

– Generous Mode (normal): untuk penghasilan ais yang lebih cepat dan banyak

– Firm Mode (keras): untuk penghasilan ais yang lebih keras supaya ia boleh bertahan lebih lama

Bagus juga ada pilihan macam ni, barulah boleh hidang lebih banyak air kepada tetamu yang datang nanti, ais pun lambat cair!

Bukan itu saja tau, One+ Water Purifier ini juga menyediakan ciri pemanasan air dengan pilihan suhu seperti 100cc, 85cc, 70cc, dan 50cc, bergantung kepada keperluan harian korang. Mudah untuk korang buat kopi, teh, susu bayi atau pun nak minum air suam, semuanya hujung jari!

Dengan fungsi One Touch Dispenser, korang boleh dapat penulen air dua dalam satu yang kompak dengan fungsi ais dan air mendidih dengan segera. Jimat masa korang.

Kalau korang nak tahu lebih tentang One+ Water Purifier ni, klik saja DI SINI.

Tak Makan Ruang, Barulah Seronok Nak Merewang Di Dapur!

Satu lagi isu berbangkit setiap kali tibanya musim perayaan atau apabila tetamu datang bertandang adalah ruang dapur terlalu kecil untuk merewang.

Sebenarnya, bukan untuk merewang saja, dapur juga menjadi ruang ‘hot’ untuk mak cik-mak cik tumpahkan ‘teh panas’ antara mereka, betul tak?

Jadi, tak seronoklah kalau dapur tu penuh dengan barang-barang besar, lagi-lagi penapis air. Sebab itulah, SK magic memperkenalkan Superslim+ Water Purifier!

Tahu tak, Superslim+ Water Purifier ini direka 40% lebih kecil untuk penjimatan ruang yang lebih optimum. Lepas ni, tak ada lagi masalah dapur nampak sempit bila tetamu datang berkumpul di dapur.

Selain itu, korang tak perlu risau tentang kualiti air yang ditapis sebab penapis air ini dilengkapi dengan Direct Water Technology, di mana air yang dihasilkan adalah segar dan bersih tau.

Pasal bil elektrik, korang tak perlu resah gelisah sebab penapis air ini mempunyai gabungan sistem vakum keluli tahan karat dan penebat EPS yang dapat mengurangkan kehilangan tenaga sehingga 96%. Memang efisien dan menjimatkan!

Sama seperti One+ Water Purifier, ia juga menyediakan ciri pemanasan air dengan pilihan suhu seperti 100cc, 85cc, 70cc, dan 50cc. Tak perlu lagi dah nak tunggu cerek lama-lama lepas ni.

Bab servis ni jangan cakaplah. Dengan ciri Triple Care & Detachable Cleaning, bahagian yang perlu dicuci boleh dicabut dengan mudah untuk dibersihkan tau.

Penyelenggaraan yang effortless ni akan memastikan kualiti air sentiasa pada tahap paling tulen dan selamat untuk jangka masa panjang.

Kalau korang nak tahu lebih tentang SuperSlim+ Water Purifier ni, klik DI SINI.

Bawa Pulang Hadiah Lumayan Sehingga RM35,000!

Dah alang-alang tu, tahu tak kalau korang dapatkan One+ Water Purifier atau Superslim+ Water Purifier atau mana-mana penapis air keluaran SK magic, korang berpeluang menang hadiah lumayan sehingga RM35,000?! Bestkan?

Bukan setakat Water Purifier je, produk-produk SK magic yang lain pun boleh seperti:

– penapis udara

– mesin pencuci pinggan

– Water Filter SHINE+

Antara hadiah lumayan yang ditawarkan adalah:

– RM100 TnG Reload Pin (88x)

– 2 Hari 1 Malam di JW Marriott dengan bilik Executive Deluxe King (2x)

– MacBook Air (1x)

– Samsung Galaxy Z Flip 7 (1x)

– Samsung Galaxy Tab A11 (Gray) (1x)

– Nintendo Switch 2 + Mario Kart World Bundle (1x)

– DJI Osmo Pocket 3 (1x)

– AirPods 4 (1x)

– iPhone 17 Pro (1TB) (1x)

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat rebut peluang keemasan ini sekarang kalau nak menang hadiah-hadiah ini!

Musim perayaan pun dah dekat ni, apa kata korang level up kediaman dengan air tulen, udara segar serta pinggan mangkuk bersih menggunakan produk keluaran SK magic! Barulah seronok nak sambut tetamu nanti.

Psst, setiap pembelian akan terus dikira sebagai entri kemasukan tau. Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan mana-mana produk SK magic sekarang! Klik DI SINI untuk info lanjut.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi SK magic, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...