“Tak Perlu Lah Kot Nak Ingat Benda Tak Best” – Jarang Kongsi Foto Suami, Dottie Rupanya Dah 3 Tahun Bercerai

Hiburan

“Tak Perlu Lah Kot Nak Ingat Benda Tak Best” – Jarang Kongsi Foto Suami, Dottie Rupanya Dah 3 Tahun Bercerai

Pelakon wanita Nor Syuhaida Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Dottie mendedahkan dia dan suaminya, Mohd Haffis Abu Hassan sudah berpisah.

Maklumnya, perceraian itu berlaku pada 3 tahun lalu dan berkata dia tidak menghebahkan tentang berita tersebut kerana tiada yang bertanya selain menganggap ia cerita peribadi.

Advertisement

dottie

Menerusi video di Instagram, Dottie yang ditanya ketika hadir di TikTok Awards 2023 semalam bertegas untuk tidak mengingati kisah lama.

Meskipun diasak dengan soalan yang sama oleh wartawan di lokasi itu, Dottie menjawab dengan tersenyum dan tidak berkongsi maklumat lanjut.

Tiada orang tanya, jadi saya pun tak cerita. Tak perlulah kot kita ingat benda benda tak best kan?

dottie

Sementara itu, Dottie akui trauma dan enggan membicarakan hal perceraiannya serta masih belum bersedia untuk mencari pengganti dalam masa terdekat.

Dottie dan Haffis mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

diana farid cerai
9 months ago

Farid Kamil & Diana Danielle Sah Bercerai, Lafaz Talak Satu Secara 'Online'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...