Penyanyi Lah Ahmad baru-baru ini ada tampil memberi teguran buat rakan seperjuangannya, Damian Mikhail yang sebelum ini berpendapat bahawa ahli kumpulan V.E yang lain tidak patut menyertai program nyanyian Gegar Vaganza.
Kata Lah, Damian sepatutnya memberi sokongan dan mendoakan rakan-rakan yang lain atas perjuangan mereka di pentas Gegar Vaganza.
Ujarnya lagi, Damian tak perlu komen dengan nada menghentam sebaliknya boleh memberi komen yang membina.
Bagi saya, kalau nak beri pendapat tu biarlah membina sikit. Dia boleh saja bahi komen membina sebab dalam industri ini kita kena beri sokongan dan doa untuk kawan seangkatan.
Jadi tak perlu lah komen secara nak hentam. Sebab nanti dekat padang mahsyar, orang akan ungkit apa yang kita tak puas hati. Sebab tu kita jangan buat salah sebesar zarah pun.
Terdahulu, Damian menzahirkan pendapatnya yang tidak bersetuju dengan penglibatan kumpulan penyanyi lagenda dalam program realiti selain mengharapkan elaun mingguan semata-mata.
Dalam pada itu, Damian mengakui tetap mengambil tahu perkembangan rakan-rakannya dalam kumpulan V.E selain mendoakan mereka berjaya di industri seni hiburan.
“Apa pun saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat V.E. Saya sangat suka mereka masuk GV dan persembahan mereka juga best.” katanya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.