Tak Perlu Klinik Estetik, 4 Item Wajib Ada Kalau Nak Cantik Pagi Raya. Murah Je!

Branded

Tak Perlu Klinik Estetik, 4 Item Wajib Ada Kalau Nak Cantik Pagi Raya. Murah Je!

Sedar tak sedar, tak lama lagi kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri. Baju dah beli? Kuih dah tempah? Perabot macam mana pula? Semua serba serbi kena raya, barulah meriah. Tapi yang paling penting, kulit kenalah cantik di pagi raya. Nak bergambar atau ber-OOTD barulah on point nanti!

Selain produk penjagaan kulit, tidak ketinggalan penting juga semestinya peralatan kecantikan. Tak biasa? Tak pernah guna? Jangan risau, jom kami cadangkan beberapa item wajib ada untuk korang cuba sempena raya ini.

Raya USB Rejuvenation Beauty Enhancer

Watsons beauty enhancer

Untuk mempercepat proses penyerapan skincare sekaligus memaksimumkan keberkesanan produk, korang perlukan Raya USB Rejuvenation Beauty Enhancer. Gunakan alat ini ketika menyapu serum, essence dan pelembap bagi mendapatkan hasil optimum. Kebaikan produk ditambah efisiensi  alatan ini, hasilnya kulit wajah lebih berseri raya nanti.

Raya USB Neck Face LED Light Device

Watsons LED light device

Muka dan leher mula menunjukkan tanda penuaan? Masukkan rutin penggunaan Raya USB Neck Face LED Light Device untuk merangsang pengeluaran kolagen badan. Dengan penggunaan konsisten akan memberi efek lifting, kedut dia muka dan leher selain menyerlahkan bentuk wajah lebih runcing.

Raya USB Rechargeable Hair Remover

Watsons hair remover

Singkirkan rambut di bawah lengan, di wajah, kaki atau di mana saja dengan Raya USB Rechargeable Hair Remover ini. Siapa kata perlu waxing atau laser yang mahal untuk tampil flawless tanpa bulu? Ada alatan ni pun dah semua settle!

Raya Tulip Bouquet 5 pcs Makeup Brush

Watsons tulip make up brush

Rahsia mekap onpoint sudah tentunya menggunakan berus mekap terbaik. Nak pakai foundation, eye shadow atau contouring? Berus mekap Raya Tulip Bouquet kan ada. Dah la function, comel pula tu. Semestinya wajib ada dalam pouch mekap bila balik kampung nanti!

 Mana nak dapat semua ni? Kat mana lagi kalau bukan di Watsons. Paling best, sempena raya, alatan kecantikan Koleksi Glam Raya ini boleh didapati di Watsons dengan diskaun 50% untuk Pembelian dengan Pembelian (PWP). Separuh harga guys, kena dapatkan semua untuk tampil cantik di pagi raya.

Jom ke Watsons berhampiran atau secara online DI SINI untuk dapatkan semua ni dengan potongan harga berbaloi-baloi bagi tampil cantik di pagi Syawal sekarang. Jangan lupa ikuti Watsons di Facebook dan Instagram untuk promo dan info terkini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...