Tidak lekang menjadi bualan rakyat Malaysia tentang isu kontroversi yang melibatkan pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz, kini seorang usahawan dan pempengaruh media sosial sensasi, Sajat telah tampil memberi komen melibatkan rumah tangga mereka.
Jangan keluar statement lagi
Menerusi sebuah live di TikTok baru-baru ini, Sajat terlihat memberi pandangan terhadap isu tersebut. Menurutnya, Bella harus segera move on dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengulas hal berkenaan.
Pendedahan yang dilakukan oleh penyanyi dan pelakon itu sebelum ini sudah cukup dan tidak perlu ditokok tambah kerana bimbang hal ini akan berlarutan.
Apa-apa pun, bagi Sajat, tak perlu keluarkan apa-apa statement. Dah cukup. Sebab Bella kena teruskan hidup Bella.
Dan Sajat rasa semua rakyat Malaysia, yang setiasa mengikuti perkembangan Bella, diaorang akan sentiasa support Bella.
Ini nasihat saya lah. Sebab kalau boleh kita nak cut dan terus move on.
@affliator90 #nasihatsajat #bellaastilah #alifaziz #alifruhainies #bellaastilah #alifcurang ♬ original sound – affliator90
Isu curang
Bukan itu sahaja, Sajat turut berpendapat kes curang suami kepada Bella iaitu Aliff Aziz itu sememangnya tidak adil jika dibandingkan dengan tuduhan Bella yang mempunyai hubungan sulit bersama seorang aktor muda.
Orang selalu nampak lelaki je yang boleh menang bab-bab curang ni.
Kalau perempuan, terus kata perempuan ni tak senonoh, apa lah.
Itu tak adil, memang tak adil. Sebab mereka ingat lelaki ni ada empat forum. Tak boleh lah.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Bella telah menjawab dakwaan isu curang bersama pelakon lelaki. Menurutnya, hal tersebut hanya dilakukan atas sebab ingin membuat Aliff cemburu selepas diketahui suaminya itu curang 11 kali bersama wanita lain termasuk bersama adiknya.