‘Tak Perlu Kecam..’ – Zahiril Adzim Jelas Setiap Orang Ada Cara Sendiri Bantu Palestin

Hiburan

‘Tak Perlu Kecam..’ – Zahiril Adzim Jelas Setiap Orang Ada Cara Sendiri Bantu Palestin

Pelakon Zahiril Adzhim menasihati orang ramai agar tidak sesuka hati membuat andaian jika seseorang ataupun selebriti tidak berkongsi tentang isu Palestin di media sosial mereka bermakna mereka tidak mengambil peduli hal tersebut.

Zahiril turut menegaskan setiap orang mempunyai cara mereka sendiri bagi membantu saudara-saudara di Palestin yang sedang bergolak sekarang ini.

Advertisement

Kata pelakon tersebut di Instagram Story baru-baru ini,

Kalau orang tak post apa-apa tentang isu Palestin di platform media sosial dia, tak bererti dia tak kisah dan tak peduli. Tak payah kau nak marah, kecam atau menganjing. Jangan acah-acah. Relaks. Chill. 

Tambahnya lagi, perkara seperti itu sepatutnya tidak perlu dibesar-besarkan malah dalam pada masa sekarang ini, orang ramai perlu bersatu-padu.

Serangan kejam yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin sejak minggu lalu ketika umat Islam sedang menyediakan persiapan untuk menyambut Aidilfitri mendapat kecaman teruk dari seluruh dunia.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...