Dua pelakon popular, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Nur Fazura sependapat bahawa suasana dalam industri hiburan tanah air kini semakin dipenuhi unsur negatif.
Sarimah meluahkan rasa kecewa apabila melihat semakin ramai penggiat seni yang terbabit dalam konflik secara terbuka, saling mengaibkan dan bertelagah tanpa segan silu di hadapan khalayak.
Perkara yang paling menyedihkan yang saya saksikan dalam dua tiga tahun kebelakangan ini ialah pertelingkahan, perselisihan dan pembongkaran aib secara terbuka dalam industri kita.
“Industri filem, televisyen dan muzik kita sangat kecil. Kita sepatutnya berdiri bersama, di set penggambaran mahupun di atas pentas. Bukan berpecah atau saling menentang,” tulis Sarimah dalam satu hantaran di Threads.
Pelakon drama Lelaki Itu itu turut menggesa agar para penggiat seni lebih profesional dan mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dalam industri hiburan.
Saya benar-benar berharap kita dapat saling menyokong antara satu sama lain.
Ruang untuk semua orang berjaya itu sentiasa cukup tanpa perlu menjatuhkan sesiapa, sama ada di set penggambaran mahupun di atas pentas.
Sementara itu, Fazura yang bersetuju dengan kenyataan Sarimah menyifatkan suasana dalam industri kini semakin parah dan boleh menjejaskan potensi sebenar para penggiat seni.
Industri ini semakin penat dan semakin mundur akibat sikap negatif yang berterusan. Kebencian dan rasa tidak selamat yang tidak berasas dan tiada henti membunuh bakat, hubungan serta kreativiti.
Walau begitu, Fazura percaya perubahan boleh berlaku sekiranya semua pihak bersikap lebih matang, walaupun perkara itu sukar untuk direalisasikan.
“Satu-satunya jalan ke hadapan ialah dengan memiliki pemikiran yang lebih positif dan sikap yang lebih matang tetapi saya tidak nampak ia akan berlaku dalam masa terdekat,” ujarnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.