Pendakwah selebriti, PU Syed tampil menegur pengarah drama sensasi, Erma Fatima susulan tularnya babak melampau drama terbarunya yang berjudul Bidaah tempoh hari.
Kata Syed, adegan atas katil atau hubungan kelamin yang tidak mempunyai kaitan dengan agama tidak perlulah disensasikan buat tatapan umum.
Plot cerita melampau ditonjolkan apabila melibatkan Islam. Sudah mati idea rasanya para sutradara di Malaysia dalam menghasilkan cerita berkualiti dan patuh syariah.
Memang wujud ajaran sesat yang menghambakan para pengikutnya, namun saya rasa tak perlukan dipertontonkan kepada khalayak. Apatah lagi adegan atas katil juga dipamerkan seperti video tular dalam media sosial.
Syed juga sempat memberi cadangan buat Erma untuk menghasilkan drama-drama yang bersifat patriotik dan kecintaan kepada agama dalam memberi kesedaran kepada masyarakat.
Dia dalam pada itu turut menyoal fungsi-fungsi agensi-agensi yang membenarkan drama untuk ditayangkan kepada umum selepas tapisan.
“Kementerian yang bertanggungjawab perlu tegas dalam isu ini. Adakah peraturan sekarang sudah semakin longgar,” ujarnya.
Tular sebelum ini mengenai babak drama Bidaah yang memaparkan Vanidah berbaring di atas katil sambil memegang janggut Faizal Hussein menggunakan kakinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.