Tak Perlu Bersesak, ‘Renew’ Lesen Kenderaan Anda Secara Online Bermula 9 Oktober Ini

Trending

Tak Perlu Bersesak, ‘Renew’ Lesen Kenderaan Anda Secara Online Bermula 9 Oktober Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengumumkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kini boleh dilakukan secara dalam talian bermula 9 Oktober 2020 menerusi sistem MyEG.

Renew lesen online bermula 9 oktober

Advertisement

Bagaimanpun, untuk Lesen Memandu Kompeten (CDL), permohonan boleh dilakukan bermula 19 Oktober ini, namun ia difahamkan tidak termasuk Lesen belajar Memandu (LD) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).

Renew lesen online bermula 9 oktober Renew lesen online bermula 9 oktober

Menurut pihaknya, selain ia selaras dengan norma baharu yang melanda Malaysia berikutan penularan wabak pandemik COVID-19, ini juga merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha mendigitalkan perkhidmatan sedia ada.

Namun demikian, buat masa kini, urusan pembaharuan hanya kepada kereta persendirian sahaja. Langkah pembaharuan masih lagi belum diberitahu dan akan dikemas kini dalam masa terdekat oleh pihak JPJ.

Apa-apa pun, selepas ini rakyat tidak lagi perlu bersesak, apatah lagi beratur panjang menunggu giliran kerana semuanya boleh dilakukan menerusi laman MyEG. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi MyEG.

Sumber: Soya Cincau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...