Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengumumkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kini boleh dilakukan secara dalam talian bermula 9 Oktober 2020 menerusi sistem MyEG.
Bagaimanpun, untuk Lesen Memandu Kompeten (CDL), permohonan boleh dilakukan bermula 19 Oktober ini, namun ia difahamkan tidak termasuk Lesen belajar Memandu (LD) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).
Menurut pihaknya, selain ia selaras dengan norma baharu yang melanda Malaysia berikutan penularan wabak pandemik COVID-19, ini juga merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha mendigitalkan perkhidmatan sedia ada.
Namun demikian, buat masa kini, urusan pembaharuan hanya kepada kereta persendirian sahaja. Langkah pembaharuan masih lagi belum diberitahu dan akan dikemas kini dalam masa terdekat oleh pihak JPJ.
Apa-apa pun, selepas ini rakyat tidak lagi perlu bersesak, apatah lagi beratur panjang menunggu giliran kerana semuanya boleh dilakukan menerusi laman MyEG. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi MyEG.