Restoran makanan barat terkenal, Me’nate Steak Hub kini sudah melebarkan empayar perniagaan mereka ke Utara setelah membuka cawangan baharu mereka di Jalan Dato Seri Ahmad Said, Greentown.
Tidak perlu ke berjalan jauh, Ketua Pegawai Eksekutif Me’nate, Syed Ashraf Syed Ali berkata bahawa pembukaan restoran baru itu selari dengan perancangan syarikat mereka untuk mengembangkan sayap jenama tersebut sehingga ke Utara.
Tambah Syed Ashraf lagi, selain Perak, mereka merancang untuk membuka cawangan baru di Pulau Pinang dan juga Sungai Petani, Kedah.
Selepas memiliki 7 buah cawangan di Lembah Klang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, destinasi seterusnya adalah di Pulau Pinang dan juga Sungai Petani, Kedah.
Sememangnya kami mempunyai ramai pelanggan dari Perak khususnya Ipoh yang sanggup datang jauh untuk menjamu selera di Me’nate Steak Hub di Lembah Klang.
Katanya lagi, Me’nate juga bakal menguasai negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Kuantan dan juga Terengganu.
Sekadar info, Me’nate Steak Hub merupakan sebuah restoran makanan barat mesra bajet pelanggan di mana mereka membawa hidangan yang berasaskan stik dan daging yang diimport khas serta makanan Itali.