Kad bank merupakan sesuatu perkara yang amat penting dalam kehidupan kita, jika kad bank expired, sudah pasti banyak urusan kewangan yang akan tertangguh terutama sekali pengeluaran wang tunai.
Bukan itu sahaja, urusan penukaran kad bank yang sudah expired juga memerlukan kita untuk beratur di bank untuk masa yang agak panjang dan perlu membuat appointment untuk menukar kad bank baharu.
Tetapi tahukah anda, kini anda tidak perlu lagi untuk beratur panjang untuk proses menukar kad bank. Menerusi satu perkongsian seorang pengguna TikTok, ini cara-cara untuk menukar kad bank di mesin kiosk di cawangan Maybank tertentu dalam masa tidak sampai 5 minit!
Cara-Cara Renew Kad Bank Expired Menggunakan Mesin Kiosk
1. Anda perlu pergi ke bank yang mempunyai mesin Express Debit Card Replacement Kiosk. Masukkan kad bank lama dan nombor pin anda.
2. Kemudian pilih jenis design kad baharu yang anda suka.
3. Masukkan kad pengenalan (MyKad) anda dan imbas ibu jari di mesin.
4. Tunggu beberapa minit dan anda akan mendapat kad bank yang baharu!
Info tambahan, anda boleh pergi ke mesin Express Debit Card Replacement Kiosk yang berada di cawagan KL Main, Shah Alam, KLCC, TTDI KL, Jalan 222, Jalan Gombak, Setia Alam, Kajang, Pandan Indah, Klang, Bandar Baru Bangi, USJ, dan Puchong Jaya.
BACA: Wajib Cuba! Resepi Viral TikTok, Ini Cara Mudah Membuat Crab Rangoon