Tak Perlu Beratur Lagi, Lebih Cepat Renew Pasport Online

Trending

Tak Perlu Beratur Lagi, Lebih Cepat Renew Pasport Online

Cuba bayangkan situasi di mana anda perlu bangun pagi dan beratur panjang untuk menunggu giliran pemberbaharui pasport.

Advertisement

Mesti rasa malas dan buang masa, sedangkan proses nak memperbaharui pasport sebenarnya sekejap sahaja kan.

Tapi sebenarnya, ramai yang masih tak tahu anda boleh renew pasport secara atas talian di Malaysia ni.

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) juga turut menggalakkan orang ramai yang ingin memperbaharui pasport mereka untuk membuat permohonan secara atas talian.

Untuk para internet savvy yang sibuk dan mengejar masa, bolehlah memperbaharui melalui Permohonan Pembaharuan Pasport (MyOnline Passport) di laman web imigresen.

Tetapi cara ini hanya untuk proses pembaharuan pasport sahaja, jika anda ingin membuat pasport baru untuk kali pertama, anda masih perlu ‘walk-in’ di kaunter.

Ini cara untuk anda pemberharui pasport secara online:

1. Pergi ke laman web MyOnline Passport

2. Baca syarat-syarat yang tertera di laman web berkenaan

3.Jangan lupa sediakan gambar berukiran pasport terbaru.

4. Klik setuju dan bolehlah isi informasi yang diperlukan

Tempoh untuk mendapatkan pasport jika anda buat di kaunter mengambil masa lebih kurang satu jam selepas pembayaran, tapi kalau buat secara online, anda boleh dapat dalam tempoh tak sampai 15 minit.

Caranya dengan memohon melalui portal imigresen dan memuat naik gambar serta membayar RM200 untuk pembaharuan bagi tempoh lima tahun. Sangat mudah!

Cara serahan pula, anda boleh datang sendiri ke lokasi pejabat imigresen yang dipilih dan passport akan diserahkan dalam masa 10 hingga 15 minit.

Sebenarnya kemudahan ini sudah dilancarkan sejak september 2016 lagi tetapi permohonan atas talian kurang mendapat sambutan kerana orang ramai masih tidak tahu kewujudan kemudahan ini serta ia kurang mendapat hebahan.

Yeah tak perlu beratur panjang lagi. Jadi, sebenarnya mudah sahaja kan untuk memperbaharui pasport anda. Selamat mencuba.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...