Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut perayaan hari raya Aidilfitri.
Dan pastinya, ramai yang sudah membuat persiapan raya tidak kiralah dari segi busana, menghias rumah, kuih-muih dan yang paling penting, akitiviti menukar duit raya.
Buat anda di luar sana yang masih belum berkesempatan untuk menukar duit raya ataupun malas untuk menukarnya di bank, kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk melakukannya tanpa perlu beratur dan bersesak-sesak.
Menerusi satu perkongsian di Twitter, ini cara mudah untuk anda menukar duit raya hanya menggunakan mesin ATM.
1.Kunjungi pusat perbankan yang utama yang selalunya akan menyedian mesin ATM yang boleh menukar duit baru.
Ha yang belum tukar duit raya lagi tu, kalau taknak bersesak beratur kat bank, boleh tukar dekat mesin ATM je.
Tak sampai 10 minit dah boleh dapat duit baru!
CARA TUKAR DUIT RAYA KAT MESIN ATM ?? pic.twitter.com/Zv7RvZwUoV
— AS (@anisssurayaaa) April 21, 2022
2.Tekan ‘withdraw’ & pilih nilai yang diingini.
Perlu diingatkan bahawa maksimum satu transaksi adalah sebanyak RM300. Jika ingin menukar dengan nilai yang lebih tinggi, hanya perlu ulang ‘step’ di atas.
Kalau anda ingin menukar dengan nilai yang lebih kecil seperti not RM1 dan RM5, perlu menukarnya di kaunter bank ya!
Mudah kan? Selamat mencuba!