Tak Perlu Bazir Duit Buat Rawatan Muka, Bahan Diperakui Klinikal Ini Mampu Kembalikan Kulit Glowing & Juicy!

Branded

Tak Perlu Bazir Duit Buat Rawatan Muka, Bahan Diperakui Klinikal Ini Mampu Kembalikan Kulit Glowing & Juicy!

Rahsia kulit glowing dan juicy? Of course kena stay hydrated!

Perasan tak, kebanyakan orang yang masih nampak muda walaupun usia dah meningkat ni sangat menjaga kelembapan kulit mereka. Mana tidaknya bila kulit mula kendur automatik nampak berumur.

Jadi, kunci untuk kelihatan muda ni sebenarnya kelembapan ke?

Untuk anda yang tertanya-tanya, kelembapan pada kulit ini sangatlah penting sebab ia bukan saja menjaga kulit, malah mengelakkan daripada berlakunya iritasi yang berkemungkinan akan mewujudkan garis penuaan dan masalah kulit yang lain.

Haa, sekarang dah tahu secara dasar kenapa kelembapan pada kulit itu penting, mesti anda terfikir apakah produk yang menyediakan tahap kelembapan optimum pada kulit supaya kulit kekal terhidrat kan? Kalau nak tahu, jom kami kongsikan!

Kulit Kembali Glowing & Juicy Dengan Kelembapan Optimum Daripada Nutox Renewing Treatment!

Siapa je yang tak nak kekalkan keremajaan kulit betul tak? Tapi, memang secara zahirnya apabila meningkat usia, kelembapan pada kulit semakin berkurang…

Lagi-lagi kita yang duduk di benua iklim Monsun Tropika yang hanya mempunyai cuaca panas dan lembap, pemilihan produk penjagaan kulit itu sangat penting sebab cuaca juga memainkan peranan dalam kesihatan kulit.

Jadi, jangan risau guys, selain daripada minum banyak air, cara untuk kekalkan hidrasi dalam kulit adalah dengan menggunakan rangkaian produk Nutox Renewing Treatment!

Kalau anda nak tahu, rangkaian Nutox Renewing Treatment ini merangkumi produk seperti berikut:

Nutox Renewing Treatment Milk Cleanser

Nutox Renewing Treatment Moisturising Essence

Nutox Renewing Treatment Ampoule

Nutox Renewing Treatment Creme

Nutox Renewing Treatment Sleeping Mask

Untuk pengetahuan, rangkaian Nutox Renewing Treatment ini mampu menghidratkan kulit dan mencegah tanda awal penuaan dengan rumusan Tri-LumiNes Complex yang terbukti secara klinikal membantu mencapai nisbah kulit kepada air yang optimum tau!

Kalau anda nak tahu, ia mampu beri penghidratan pada kulit sehingga +81% kelembapan dan mampu mengekalkan kelembapan sehingga 72 jam. Wah, lamanya!

Menariknya, ia juga dirumus dengan manfaat Gold Nest atau sarang burung yang cukup terkenal dengan kemampuan meningkatkan keserian kulit secara semulajadi dari dalam dengan merangsang sintesis kolagen. Wah, patutlah sarang burung menjadi kegilaan wanita tak kira usia!

Bukan itu saja, dalam rumusan Tri-Lumines Complex mengandungi bahan-bahan yang baik untuk kulit seperti Niacinamide, Betaine dan Lime Caviar (AHA) tau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syarifah Haniera (@syarifahhoneyra)

Untuk pastikan kulit anda kekal bersih dan sihat, mulakan rutin dengan Nutox Renewing Treatment Milk Cleanser sebab ia mengandungi formulasi AHA-BHA-PHA yang bertindak melicinkan kulit yang letih dan kusam.

Selain itu, ia juga lembut pada kulit tanpa meninggalkan micro-tears yang menjadi punca kerengsaan, serta memperhaluskan pori-pori agar kulit tampak berseri dan meningkatkan kadar pengelupasan kulit secara semulajadi.

Haa, langkah seterusnya paling penting untuk kekalkan kelembapan pada kulit iaitu gunakan Nutox Renewing Treatment Moisturising Essence sebagai pelembap!

Apa yang best dengan pelembap ini adalah memberikan penghidratan pada kulit selama 72 jam, hasil daripada molekul lembapan tinggi yang berkuasa untuk mengekalkan kelembapan dalam jangka masa panjang. Bestnya!!

Lagi best, dengan bahan yang diperakui secara klinikal, ia mampu meresap dengan lebih cepat dan mendalam agar kulit kekal anjal, lembut dan gebu tau! Selembut kulit bayi gituh!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lily Liew (@lilyl_e_)

Kalau lembap saja, tapi tak berseri tak ada guna juga! Jadi, lepas guna pelembap, anda wajib guna Nutox Renewing Treatment Ampoule sebab ia mampu memberikan keserian pada kulit pada penggunaan pertama. Wah, seriuslah?!

Ia juga mempunyai tekstur cecair jernih yang tak berminyak supaya dapat meningkatkan penyerapan bahan aktif, serta terbukti secara klinikal menghilangkan kekusaman dan memperhalusi pori-pori. Macam ni barulah lebih confident!!

Kalau anda risau tentang kulit ketika cuaca tak menentu, kami sarankan anda pakai Nutox Renewing Treatment Creme sebab krim gel ini bukan saja dapat menenangkan kulit, malah menghaluskan dan melindungi kulit secara berterusan agar kulit kekal terjaga!

Untuk kesan kelembapan yang lebih optimum, Nutox Renewing Treatment Sleeping Mask sangat disarankan untuk pakai sebelum tidur sebab ia mengandungi Vitamin E yang dapat meningkatkan keserian kulit serta dapat meningkatkan proses pembaharuan kulit tau!

Paling penting, ia dapat menyuburkan kulit kembali dalam keadaan yang lebih sihat semasa anda tidur. Wah, macam ni barulah semangat nak bangun pagi tengok cermin!

Jom Kembalikan Kulit Glowing & Juicy Dengan Nutox Renewing Treatment!

Kalau anda pergi ke laman web rasmi Nutox, anda akan dapati ramai pengguna beri maklum balas yang positif tau! No wonder lah rangkaian Nutox ni menjadi kegilaan ramai!

Jadi, anda tunggu apa lagi? Jangan biarkan kedutan pada kulit, jom hidratkan kulit dengan rangkaian Nutox Renewing Treatment! Barulah kulit sentiasa glowing dan juicy!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Nutox, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Kalau anda berminat untuk dapatkan rangkaian Nutox Renewing Treatment, anda boleh dapatkan di Watsons atau Guardian berdekatan!

Atau, anda juga boleh dapatkan di platform e-Dagang seperti Shopee dan Lazada!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...