Tak Perlu Bazir Duit Buat Pilihan Raya, Pemimpin Pakatan Harapan Yakin Ada Majoriti Mudah Selepas Mesyuarat

Trending

Tak Perlu Bazir Duit Buat Pilihan Raya, Pemimpin Pakatan Harapan Yakin Ada Majoriti Mudah Selepas Mesyuarat

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad menyuarakan keyakinannya bahawa Pakatan Harapan (PH) akan dapat mengekalkan majoriti mudah di Dewan Rakyat. Perkara ini dimaklumkan kepada pihak media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH yang berlangsung malam tadi.

Pakatan Harapan yakin mempunyai sokongan yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan dengan gabungan yang dimiliki ketika ini. Menurutnya, jumlah yang dimiliki setakat ini cukup untuk membentuk kerajaan menerusi majoriti mudah walaupun tidak mencapai dua pertiga.

Advertisement

“Mengapa kita perlu bazirkan wang untuk pilihan raya apabila kita boleh dapat majoriti yang jelas?”

pakatan harapan

Mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Umum PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan tentang intipati yang seolah-olah merujuk kepada perkara sesuatu positif akan berlaku. Tetapi beliau memberitahu mesyuarat ini tidak membincangkan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diangkat.

Tambahnya lagi, pelbagai ‘perkara baik’ yang dibincangkan dalam mesyuarat malam tadi namun tidak dijelaskan dengan terperinci kepada pihak media. Menurut pihak media, pemimpin PH yang lain dilihat ceria ketika keluar daripada mesyuarat tetapi semuanya tidak bercakap dengan media.

Artikel berkaitan: Perdana Menteri Interim Tidak Memerlukan Sokongan Majoriti Ahli Dewan Rakyat

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...