“Tak Perlu Bagitahu Seluruh Dunia..” – Terlalu Terbuka Kongsi Hal Peribadi Anak Sendiri, Shuib Dibidas Netizen

Hiburan

“Tak Perlu Bagitahu Seluruh Dunia..” – Terlalu Terbuka Kongsi Hal Peribadi Anak Sendiri, Shuib Dibidas Netizen

Pelawak dan usahawan popular, Shuib terima kecaman daripada netizen kerana dianggap terlalu terbuka dengan apa yang dikongsikan di media sosial hingga anak perempuannya yang sudah datang haid juga dirakam dan dimuat naik di media sosial.

Simpan hal peribadi

Menurut sesetengah pihak, mereka menasihatkan agar Shuib tidak terlalu menyebarkan tentang hal peribadi keluarganya di tempat umum seperti media sosial. Tambahan pula, netizen menganggap berkongsi tentang kedatangan haid anak gadisnya itu seperti keterlaluan.

Advertisement

Dulu orang senyap-senyap, sekarang canang merata ceruk. Hilang sifat malu.

 

Simpan hal ini dalam keluarga sendiri okey kot. Tak perlu bagitahu seluruh dunia. Kesian anak kalau ada yang usik pada kemudian hari.

 

Kalau Dekta besar nanti, dia tengok video ini  di repost oleh orang lain, apa perasaan dia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Terdahulu, Shuib telah memuat naik sebuah video yang melihatkan dirinya memeluk anaknya sambil mengatakan anak gadisnya itu sudah memasuki alam dewasa. Katanya, dia mendoakan agar puterinya itu menjadi wanita solehah dan kebat dunia akhirat.

Untuk info, hasil pernikahan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata sebelum Allahyarham meninggal dunia pada 9 Ogos 2021.

watie mimpi sarah
9 months ago

Arwah Siti Sarah Muncul Dalam Mimpi, Watie Akui Tiba-Tiba Terbit Rasa Cemburu - "Saya Cakap Dengan Shuib..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...