“Tak Perlu Bagi Warganet Tengok Lagi” – Dah Bertudung, Netizen Minta Isteri Caprice ‘Stop’ Menari Di TikTok

Hiburan

“Tak Perlu Bagi Warganet Tengok Lagi” – Dah Bertudung, Netizen Minta Isteri Caprice ‘Stop’ Menari Di TikTok

Baru-baru ini, penyanyi rap dikenali ramai iaitu Caprice meluahkan rasa gembira dengan perubahan penampilan isterinya, Farra Inalis yang kini sudah lebih menutup aurat dan manis mengenakan hijab di kepala.

Susulan itu, Caprice memohon agar orang ramai untuk terus menerus mendoakan isteri mengekalkan imej terbarunya yang sekarang ini.

Advertisement

Melalui perkongsian penyanyi rap itu di laman Instagramnya, terlihat dia memuat naik rakaman video Farra mengikutinya ke sebuah sesi mesyuarat bagi pembangunan dua aplikasi Islamik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Perkongsiannya itu telah menarik perhatian sesetengah netizen untuk menegur perbuatan isterinya yang seronok menari di hujung video berkenaan biarpun sudah mempergayakan imej berhijab.

Biarpun mereka memuji perubahan isteri Caprice itu, netizen turut berharap agar Farra berhenti dari melakukan konten-konten menari dan dipertontonkan kepada umum.

komen ig

komen ig

Dalam pada masa yang sama, ramai juga netizen yang mendoakan agar penampilan hijab Farra ini akan berkekalan dan meminta segelintir netizen tidak terlalu ‘kemaruk’ mencari kesalahan wanita ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Caprice Farra Inalis berhijab
4 bulan lalu

"Dating Dengan GF Baru.."- Teruja Isteri Pakai Tudung, Caprice Bercadang Lancar Semula Pakaian Muslimah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...