February 18th, 2019

Isu “flat earth” yang ditimbulkan oleh Suhaimi Saad menjadi topik perbualan hangat sejak minggu lalu. Ramai netizen yang menghentam penyanyi ini kerana enggan mempercayai sumpah angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar yang telah memberikan penjelasan secara saintifik. Terbaru, isu ini turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

suhaimi saad

Sekiranya penjelasan secara saintifik tidak dapat diterima oleh Suhaimi Saad, sudah pasti penerangan secara agama oleh Mufti WP ini dapat menghilangkan segala kecelaruan minda Suhaimi Saad ini. Memang panjang lebar, penuh dalil dan rujukan daripada ulama-ulama terdahulu. Senang kata, kita manusia yang normal ini kalau baca memang akan percaya 100% dan tidak mempertikaikan penerangan Dato’ Seri Dr. Zulkifli. Penjelasan penuh boleh baca di sini.

mufti wp

mufti wp
mufti wp

Namun begitu, Suhaimi Saad bukanlah seorang yang mempunyai pemikiran seperti kita. Pemikirannya melangkaui masa, ruang dan objek. Enggan menerima penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Suhaimi Saad di dalam status Facebooknya memaklumkan yang dia lebih cenderung untuk percaya penjelasan bekas mufti Arab Saudi. Menurutnya, ulama-ulama ini adalah lebih alim dan lebih arif di dalam bab “flat earth” ini.

flat earth

Apa yang lebih menarik untuk dibaca ialah komen para netizen yang menghentam pendirian Suhaimi Saad. Salah satu komen yang menarik perhatian Abang Nara ialah sikap Suhaimi yang memilih-memilih fatwa sedangkan ada fatwa bekas mufti Arab Saudi ini yang mengharamkan perbuatannya. Fuh. Memang pedih kalau Suhaimi Saad membaca komen tersebut.

wp

Secara jujurnya, pada pendapat Abang Nara, orang macam Suhaimi Saad ini kalau kita bawak dia naik angkasa lepas dan tunjukkan bahawa bumi ini memang betul-betul bulat, turun balik ke bumi pun dia akan cakap flat earth jugak. Nanti banyaklah alasan yang digunakan. Konon kena hipnosis la, itu semua green screen la. Tak pun paling koman dia kata itu bukan bumi tapi planet Pluto. Tak gitu? Apa pendapat anda?


86 responses to “Tak Percaya Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Suhaimi Saad Pegang Fatwa Ulama Arab Saudi”

  1. anonymous says:

    Telur dadar ??? so dia nak cakap yang di maksudkan telur dalam Al Quran tu bukan telur burung unta la ya tapi telur dadar pulak….tu telur dah goreng…..hahahaha

  2. Anonymous says:

    Suruh dia g belikan mesin basuh tuk bini dia dulu . Pastu g sekolahkan ..jgn jadi bodo mcm bapak diorng ni..belajar UIA tapi bengong…
    Orang camni isis paling suka..senang nk cuci otak..

  3. li says:

    ahahahahahah level sarcasm bang nara cam herems.. i loike..

  4. Eliesa says:

    Abaikan jerlah orang macam SS ni. Buang masa. Dalam dunia memang akan ada macam-macam jenis orang. Bahlol, bendul, bangang semua ada. Kalau kata bumi ni flat, siapa dapat rumah corner lot? hahaha

  5. anon says:

    Dalam pegangan islam, memang ada orang anggap yang bumi ni ‘flat’. Bukan flat secara literal atau bumi ni leper macam flat earth fikir.

    Fahaman ni orang salaf banyak pakai sebab mereka pilih untuk tidak takwil ayat samar² dalam Quran. Sebagai contoh:

    Dalam Quran ada sebut yang Allah ada tangan, so mereka pun pegang ayat tu bulat² percaya yang Allah ada tangan. Tapi macam mana rupa bentuk tangan Allah?

    Mereka tak tahu.
    Dan mereka tak takwil, Bila quran mention macam tu mereka hanya beriman, Dan mereka tidak menjisimkan, tidak imagine pun macam mana tangan Allah tu dan bila Qur’an ada tertulis yang Allah ada tangan, rupa, kaki n etc. Mereka pegang tanpa takwil dan percaya macam orang lurus dan beriman bulat².

    Same goes to ‘earth is flat’.
    Allah cakap bumi ni Dia hamparkan sebagai Hamparan, so mereka percaya dan beriman yang bumi ni sebagai hamparan (atau ada yang sebut leper).. Tapi pemahaman dia orang tu adalah literally ikut ayat quran tanpa takwil ye bukan macam orang flat earth fikir.
    _
    So hati² kalau nak bash bila orang cakap bumi ni leper atau hamparan sebab bukan semua jenis bebal macam Suhaimi Saat.

    -Fb auni ameera

    • Mesin basuh tiga segi says:

      Kita tak rasa nak tempeleng Ss ni kalau dia bermoral. Yang ni perangai semua orang dia nak rendahkan, dia je terhebat (padahal ufo) pun tak kenal sape Ss ni. Kurang2nya orang Alim, mereka dikenali penduduk langit tapi masih tak pernah nak bangga diri. Masih bersantun.
      Tak salah dia nak tegakkan pemikiran dia. Tapi biarlah berhemah menurut agama yg dia amalkan.

Loading...