Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Percaya Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Suhaimi Saad Pegang Fatwa Ulama Arab Saudi

Isu “flat earth” yang ditimbulkan oleh Suhaimi Saad menjadi topik perbualan hangat sejak minggu lalu. Ramai netizen yang menghentam penyanyi ini kerana enggan mempercayai sumpah angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar yang telah memberikan penjelasan secara saintifik. Terbaru, isu ini turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

suhaimi saad

Advertisement

Sekiranya penjelasan secara saintifik tidak dapat diterima oleh Suhaimi Saad, sudah pasti penerangan secara agama oleh Mufti WP ini dapat menghilangkan segala kecelaruan minda Suhaimi Saad ini. Memang panjang lebar, penuh dalil dan rujukan daripada ulama-ulama terdahulu. Senang kata, kita manusia yang normal ini kalau baca memang akan percaya 100% dan tidak mempertikaikan penerangan Dato’ Seri Dr. Zulkifli. Penjelasan penuh boleh baca di sini.

mufti wp

mufti wp
mufti wp

Namun begitu, Suhaimi Saad bukanlah seorang yang mempunyai pemikiran seperti kita. Pemikirannya melangkaui masa, ruang dan objek. Enggan menerima penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Suhaimi Saad di dalam status Facebooknya memaklumkan yang dia lebih cenderung untuk percaya penjelasan bekas mufti Arab Saudi. Menurutnya, ulama-ulama ini adalah lebih alim dan lebih arif di dalam bab “flat earth” ini.

flat earth

Advertisement

Apa yang lebih menarik untuk dibaca ialah komen para netizen yang menghentam pendirian Suhaimi Saad. Salah satu komen yang menarik perhatian Abang Nara ialah sikap Suhaimi yang memilih-memilih fatwa sedangkan ada fatwa bekas mufti Arab Saudi ini yang mengharamkan perbuatannya. Fuh. Memang pedih kalau Suhaimi Saad membaca komen tersebut.

wp

Secara jujurnya, pada pendapat Abang Nara, orang macam Suhaimi Saad ini kalau kita bawak dia naik angkasa lepas dan tunjukkan bahawa bumi ini memang betul-betul bulat, turun balik ke bumi pun dia akan cakap flat earth jugak. Nanti banyaklah alasan yang digunakan. Konon kena hipnosis la, itu semua green screen la. Tak pun paling koman dia kata itu bukan bumi tapi planet Pluto. Tak gitu? Apa pendapat anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

86 Comments

  1. Anonymous

    February 19, 2019 at 9:25 am

    Begitu juga dgn perlawanan bola, samada golf, sepak, keranjang dsbgnya semuanya sempurna sekali sbb ianya mengikut bumi

  2. Anonymous

    February 19, 2019 at 9:19 am

    SS, haiwan tenggiling akan mendatarkan dirinya jika tidak terancam, tetapi akan menggulungkan dirinya jika terancam. Maksudnya, kita dan haiwan di semesta alam ini akan mengikut pergerakan macam bumi iaitu bulat untuk menstabilkan keadaan keadaan.

  3. An

    February 19, 2019 at 8:34 am

    Report kat skmm dan facebook supaya tutup akaun2 social media dia ni, habis cerita. Attention seeker je ni.

  4. Bahasa melambangkan peribadi.

    February 19, 2019 at 3:55 am

    Dia memang tak betul tapi jgn lah sampai ke khinzir diumpamakan. Agaknye si SS tuju dekat ko la tu bila dia kata “otak letak dipunggung, nafsu di jari”.

    • faraj

      February 19, 2019 at 10:16 am

      Memang layak di Gelar Khinzir SS ni….kalau Khinzir boleh bercakap mesti dia kater camni”…apa bodoh nya manusia ni…!!

  5. Faraj

    February 19, 2019 at 1:43 am

    khinzir lg mulia dr SS ni..konsert nyasid dia sorang jer kena Banned..khinzir pun ketawa kt Suhaimi Saad ni..kikiki….itupun dia nk marah penganjur sebab tk bagi dia nyanyi…wakkakaa bingai pu ya SS

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top