April 13th, 2020

Kemelut rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri hangat diperkatakan dan menjadi perhatian ramai selepas tersebarnya surat tuntutan cerai yang difailkan oleh isterinya, Datin Seri Nur Shahida, yang didedahkan sendiri oleh usahawan itu menerusi akaun Instagramnya.

suami ibu mentua unfollow ig nur shahida

Spekulasi mengatakan rumah tangga mereka bermasalah mula tercetus apabila pasangan ini sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram. Terbaru, ibu kepada Aliff iaitu Bonda Rozita Ibrahim dilihat sudah ‘unfollow’ menantunya.

Bagaimanapun, Shahida berkata dia langsung tidak tahu menahu mengenai tindakan ibu mentuanya itu dan sejujurnya dia tidak ambil pusing mengenai perkara itu.

isteri aliff syukri datin nur shahida

Saya tak perasaan. Kalau tak bagi tahu, saya memang tak tahu. Bagi saya, itu hak dan pilihannya.

Sejujurnya, saya juga tak tahu Alif ‘unfollow’ saya tempoh hari. Saya hanya tahu daripada komen netizen. Bagaimanapun, tak mengapalah, saya tak ambil pusing pun.

datin nur shahida

Berkongsikan keadaan terkini dirinya, Shahida berkata dia dan anak-anaknya sihat dan tenang sahaja di rumah. Namun, buat masa ini dia enggan memberikan komen lanjut mengenai dakwaan dia memfailkan perceraian di mahkamah.

Sumber Berita : BH ONLINE


One response to “Tak Perasan Pun Suami, Ibu Mentua ‘Unfollow’ Di IG – Datin Seri Nur Shahida”

  1. Halimahtun yahaya says:

    Mmng betul nk bercerai ke..tk boleh berbaik semula

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...