Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tak Pelik Pun, Ada Yang Masih Bersekolah Dah Kahwin” – Harris Alif Sedia Jadi Suami Intan Ladyana

intan ladyana dan harris alif

Meskipun baru mencecah usia 21 tahun, namun ia bukannya penghalang kepada pelakon Harris Alif untuk bergelar suami dan melangkah ke alam rumah tangga.

Jelas Harris, tidak pelik individu seusia dengannya untuk mendirikan rumah tangga, malah ada juga orang yang sedang bersekolah pun yang sudah berkahwin. Bahkan dia juga sudah membuat persediaan untuk memimpin keluarga.

“Semestinya sebagai seorang lelaki yang nak jadi suami dan memimpin keluarga, saya dah buat persediaan sendiri. Segala
tunjuk ajar saya terima dari ibu bapa, Alhamdulillah tak ada masalah mengenai persediaan ini.”

Advertisement

intan ladyana dan harris alif

Harris juga tidak segan untuk mengakui bahawa dia banyak menghabiskan masa bersama orang lebih dewasa dan berkeluarga bagi mempelajari selok-belok kehidupan rumah tangga.

“Saya pun banyak bercampur dengan orang lebih dewasa yang dah ada keluarga, daripada situ kita belajar tengok kerenah
anak-anak dan sebagainya… jadi benda-benda ini kita ambil sebagai persediaan sendiri, tak perlulah nak tanya orang macam
mana nak kahwin!”

Bagi Intan Ladyana pula, sikap matang Harris dalam perhubungan membuatkan dia terbuka hati untuk menerima lamaran kekasihnya yang muda 17 tahun itu sekaligus menamatkan zaman bujang pada usia 38 tahun.

“Sebenarnya tiada isu lelaki lebih muda atau tua… sebab kalau Allah dah kata itu jodoh kita, itulah jodoh! Kalau dia umur 40 tahun tapi tak matang, macam mana nak kahwin! Jadi saya tak kisah tentang usia kerana itu hanya angka dan bukan ukuran menentukan kematangan seseorang.”

Advertisement

intan ladyana dan harris alif

Malah mereka juga tiada masalah untuk berkomunikasi membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang kepada mereka untuk bergelar pasangan suami dan isteri tak lama lagi.

Semoga segala urusan perkahwinan berjalan dengan lancar!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top