“Tak Payahlah Bertanding Siapa ‘Terpaling’ Palestin..” – Pelakon Azhan Rani Nasihat Rakyat Malaysia Jangan Menindas Sesama Sendiri

Hiburan

“Tak Payahlah Bertanding Siapa ‘Terpaling’ Palestin..” – Pelakon Azhan Rani Nasihat Rakyat Malaysia Jangan Menindas Sesama Sendiri

Tidak lekang dibicarakan di laman sosial tentang isu peperangan di Palestin ini mengakibatkan timbulnya isu-isu di kalangan warganet. Ramai di antara mereka yang ingin membuktikan merekalah penyokong setia sedara Islam di sana hingga mula menindas orang lain.

Hal tersebut membuatkan seorang pelakon berbakat, Azhan Rani terpanggil untuk menyuarakan pendapatnya tentang perkara ini. Baginya, rakyat Malaysia tidak patut berpecah-belah ingin suara mereka didengari. Masa kini lah yang penting untuk semua bersatu membentuk solidariti.

Advertisement

Tak payahlah bertanding siapa ‘terpaling’ Palestin. Setiap pendoa adalah pejuang.

Tak kisahlah ahli politik, rakyat biasa, tak perlu caci mencaci. Macam mana nak memang, belum bertempur kita dah berpecah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Pada masa yang sama, pelakon drama bersiri Nur ini juga berpendapat bahawa kita sebagai sedara sesama Islam perlu menyokong yang terbaik dan turut mendoakan bagi mereka yang masih tidak cakna dengan keadaan di dunia sekarang.

Azhan juga tidak lupa meminta agar netizen mendoakan negara Palestin di sana bersama-sama dan semoga orang ramai berubah menjadi lebih baik di masa akan datang.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fazz
6 months ago

"Saya Bukan Nak 'Judge' Siapa-Siapa.." - Fazura Enggan Mengeluarkan Tudung Bertemakan Palestin, Bertegas Bukan Prinsip Dirinya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...