Tidak lekang dibicarakan di laman sosial tentang isu peperangan di Palestin ini mengakibatkan timbulnya isu-isu di kalangan warganet. Ramai di antara mereka yang ingin membuktikan merekalah penyokong setia sedara Islam di sana hingga mula menindas orang lain.
Hal tersebut membuatkan seorang pelakon berbakat, Azhan Rani terpanggil untuk menyuarakan pendapatnya tentang perkara ini. Baginya, rakyat Malaysia tidak patut berpecah-belah ingin suara mereka didengari. Masa kini lah yang penting untuk semua bersatu membentuk solidariti.
Tak payahlah bertanding siapa ‘terpaling’ Palestin. Setiap pendoa adalah pejuang.
Tak kisahlah ahli politik, rakyat biasa, tak perlu caci mencaci. Macam mana nak memang, belum bertempur kita dah berpecah.
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, pelakon drama bersiri Nur ini juga berpendapat bahawa kita sebagai sedara sesama Islam perlu menyokong yang terbaik dan turut mendoakan bagi mereka yang masih tidak cakna dengan keadaan di dunia sekarang.
Azhan juga tidak lupa meminta agar netizen mendoakan negara Palestin di sana bersama-sama dan semoga orang ramai berubah menjadi lebih baik di masa akan datang.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.