Tak Payah Tunjuk Di Instagram, Lawan Saja Di Mahkamah – Rita Rudaini

Hiburan

Tak Payah Tunjuk Di Instagram, Lawan Saja Di Mahkamah – Rita Rudaini

Satu nasihat yang cukup bagus dan padu oleh Rita Rudaini buat bekas suaminya, Aidil Zafuan. Baru saja berkongsi beberapa bukti dirinya tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ayah, Aidil menerima tamparan hebat apabila Rita menggesanya agar hanya menunjukkan kesemua bukti tersebut di mahkamah, bukan di Instagram. Ada betulnya kata Rita itu lebih-lebih kes mereka berdua kini sedang disebut di mahkamah. Mungkin Aidil ada sebabnya tersendiri untuk berkongsi bukti di Instagram. Siapa tahu kan?

rita rudaini

Advertisement

Kata Rita menerusi Berita Harian:-

Lawan saja di mahkamah. Kes kami pun masih dibicarakan di mahkamah. Tak payah nak tunjuk di Instagram dan marah-marah tak tentu fasal. Saya sendiri ada bukti banyak tapi tak pernah ditunjuk di Instagram. Semua bukti saya serahkan ke mahkamah.

Instagram ini bukan boleh buat keputusan siapa betul tanpa salah. Hanya mahkamah yang akan menentukan segala-galanya. Selama ini saya tak pernah cakap dia tak pernah bagi nafkah. Cuma nafkah yang dia bagi selama ini tak mencukupi. Itu saja.

Jika dia bapa yang baik kepada anak saya, tak perlu dia menafikan apa yang kami minta dan tuntut untuk anak. Jika dia anggap RM2,000 itu satu nilai yang besar dan dia sudah boleh lepas tanggung jawab, memang dia silap.

Ada ke bukti di mana-mana mahkamah yang saya ada permohonan cerai daripada. Mahkamah sebelum ini pun sudah buktikan yang terdahulu bahawa saya tak pernah nusyuz. Kalau permohonan cerai daripada dia adalah saya terima.

Kalau mereka di luar sana nak terus mengeji, mengutuk, dan memfitnah silakan. Saya banyak benda lagi nak fikir. Hanya doa senjata saya untuk mereka. Saya sedar ada mereka yang seronok melihat dia benci saya, sampai nak laga-lagakan kami supaya tak boleh berbaik.

rita

Untuk makluman, Rita Rudaini juga telah diugut bunuh menerusi salah satu komen di gambar Instagram yang dikongsi oleh Aidil. Rita telah pun membuat laporan polis mengenai perkara tersebut kerana ia mengancam keselamatan dirinya dan anak-anak. Tak sangka pula boleh sampai ke tahap ini. Diharap keselamatan Rita tidak tergugat. Biasalah orang kat Internet nie cakap je berani. Buatnya tidak jugak. Tak gitu?

[flowplayer id=”29844″]
 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...