Pelakon Scha Alyahya memilih untuk mendidik dua anak perempuannya untuk mengutamakan penjagaan kulit wajah berbanding memakai solekan sejak usia muda.
Scha, atau nama penuh Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya, menyatakan bahawa beliau mengambil berat tentang fenomena penggunaan mekap dalam kalangan kanak-kanak.
Di samping itu, aktres berusia 42 tahun itu mengakui bahawa membesarkan anak perempuan adalah satu cabaran besar.
Dalam pada itu, Scha mendedahkan bahawa anak sulungnya, Lara Alana yang kini berusia 11 tahun, sudah mulai menunjukkan minat terhadap alat solekan setelah melihat rakan-rakannya memakai kosmetik.
@majoritiofficial Selebriti Scha Alyahya menyifatkan trend kanak-kanak bermekap tidak seharusnya dipraktikkan kerana kulit wajah mereka masih belum matang. Pada masa sama, bimbang bahan-bahan kimia terdapat dalam produk kosmetik berisiko menjejaskan kondisi kesihatan kulit kanak-kanak. Justeru, ibu kepada Lara Alana, 11, dan Lyla Amina berusia 4 tahun itu sentiasa menggalakkan anak-anaknya lebih mementingkan penjagaan kulit seperti penggunaan pelindung matahari. #mayamajoriti #majoriti #beritaditiktok #schaalyahya
Sebagai seorang ibu yang berpegang kepada nilai-nilai tradisional, Scha menasihati Lara agar tidak tergesa-gesa untuk memakai solekan, lebih-lebih lagi memandangkan kulit wajahnya masih belum matang dan perlu dibiarkan dalam keadaan semulajadi tanpa gangguan bahan kimia yang tidak diketahui.
Tambahnya lagi, Scha ingin menanamkan rasa keyakinan diri dalam diri anaknya tanpa mengharapkan perubahan fizikal yang terlalu ketara.
Walau bagaimanapun, Scha menyatakan bahawa minat anak-anak terhadap mekap adalah perkara yang biasa berlaku ketika mereka membesar, dan beliau melihatnya sebagai sebahagian daripada proses perkembangan mereka.
Kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita letak dekat muka kita. Tetapi, tidak salah pun selagi kita tahu apa yang kita pakai. Biar mekap itu tampak minimum. Tak payah terlalu nak ikut trend.
Sekadar info, Scha mendirikan rumah tangga dengan Awal Ashaari pada 4 May 2012. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Lara Alana dan Lyla Amina.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.