“Tak Payah Nak Lovey Dovey, Waktu Tengah Pack Tolong Bagi Seat!” – Individu Tegur Kaum Suami Teman Isteri Hamil ‘Check-Up’ Di KK

Kehidupan

“Tak Payah Nak Lovey Dovey, Waktu Tengah Pack Tolong Bagi Seat!” – Individu Tegur Kaum Suami Teman Isteri Hamil ‘Check-Up’ Di KK

Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk menemani isteri yang sedang hamil sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala atau pemeriksaan antenatal.

Individu geram kaum suami ‘bersweet-sweet’ di KK

Tetapi melalui laporan mStar, seorang individu meluahkan rasa kurang senang dengan sikap suami yang tiada ‘common sense’ sewaktu menemai isteri di klinik kesihatan.

Advertisement

klinik kesihatan

Kalau waktu tengah pack, tolong berikan seat kepada ibu-ibu yang mengandung. Jangan duduk macam tak ada perasaan. Menyemak!

Katanya lagi, tidak salah untuk kaum suami menemani isteri hamil menjalani pemeriksaan berkala dan menunjukkan sikap prihatin, tetapi mereka juga sewajarnya menunjukkan sikap peka terhadap situasi klinik serta ibu-ibu hamil yang lain.

‘Common sense’, bagi ibu hamil lain duduk

Tahulah wife awak-awak tu tengah pregnant. Tak payah lovey dovey dekat dalam Klinik Kesihatan (KK). Duduk bersebelahan sambil berpegang berpimpin tangan.

Susulan memuat naik hantaran tersebut, pelbagai respon telah ditinggalkan oleh netizen di ruangan komen, di mana rata-ratanya setuju dengan teguran individu itu agar golongan suami bukan saja mengambil tahu keselesaan isteri, tetapi juga orang lain yang turut ada dalam KK ketika itu.

komen

herdik wanita hamil nak seat dalam mrt
2 months ago

“Kau Yang Gatal Nak Bunting, Nak Minta Simpati Pula” - Lelaki Teruk Dikecam, Bangga Mengaku Herdik Wanita Hamil Minta ‘Seat’ Dalam MRT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...