Kemunculan individu dikenali sebagai Hot Daddy bersama pelakon sensasi, Zarina Anjoulie, dalam perkongsian IG Story baru-baru ini telah menjadi tumpuan ramai netizen. Ada yang mengecam, memberi komen sinis malah tidak kurang juga yang meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pelakon itu.
Lebih menarik, segelintir netizen turut meninggalkan komen nakal dengan andaian yang bukan-bukan sehingga mengundang perhatian kedua-dua pihak.
Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli tampil memberikan respon dengan pesanan pedas agar netizen tidak berpura-pura kecewa terhadap Anju kerana menurutnya, pelakon itu memang sering menjadi sasaran kecaman.
Dalam masa sama, Zarina Anjoulie turut membalas secara sarkastik menerusi IG Story dengan memuat naik pautan Telegram yang seolah-olah mengusik netizen.
Untuk rekod, Hasli Ikhwan pernah didakwa pada tahun 2024 atas tuduhan menjalankan aktiviti persundalan menggunakan aplikasi X serta menjual video lucah. Namun pada Disember 2024, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan beliau bersama dua rakan wanitanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.