Sejak beberapa hari lepas, nama Caprice atau dia sendiri menggelar dirinya DaddyCap menjadi bualan hangat ramai netizen di media sosial.
Seperti yang ramai tahu, Caprice gemar membuat video mengulas sesuatu isu yang tular dan juga lantang bersuara membela mangsa pedofilia, keganasan seksual, penderaan kanak-kanak dan jenayah-jenayah lain.
Terbaru, Caprice turut cuba mengulas isu membabitkan pendakwah bebas, PU Azman sehinggakan tercetus ketengangan dan pergaduhan mulut bersama PU Syed.
Dia juga turut mahu cuba mendapatkan maklumat dan menghubungi cikgu Fadli Salleh yang kini sedang hangat dengan isu ‘disuruh berhenti tugas’ oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bagaimanapun, netizen kini sudah semakin muak dengan Caprice kerana dikatakan suka mengugut dan ‘korek rahsia’ sebelum disebarkan di Instagram.
Video pesanan ringkas yang dibuat khas untuk Caprice tular di aplikasi TikTok selepas ia meraih perhatian ramai warganet dengan apa yang dikatakan.
Nasihat itu disampaikan oleh seorang kaunselor yang dikenali sebagai Haji Mokhtar atau mesra dipanggil Ayah Haji dan rata-ratanya bersetuju dengannya.
Katanya, zaman sekarang ramai yang suka mencari kesalahan orang lain dan menyebarkannya tanpa mengira sama ada ia sahih atau fitnah semata-mata.
Ayah Haji juga sempat memberi pesanan ‘pedas’ buat Caprice berkenaan perangainya yang gemar membuka aib individu lain di media sosial.
Sudah sudahlah buat kerja macam ini. Ingat mati. Kita jadi orang baik. Tak payahlah nak jadi pembela agama, pembela bangsa dengan mengaibkan orang lain.”
@crhjmokhtar VIRAL KASI CAPRICE…. #puazman #caprice #muhasabahdiri #ayahhj #crhjmokhtar #tiktok #fyp?
? original sound – Kaunselor HjMokhtar (AyahHj) – Kaunselor HjMokhtar (AyahHj)