Tak Payah Nak Bawa Bahasa Korea Dalam Drama Melayu, Netizen Kecam ‘Ustaz Korea Sebelah Rumah’

Hiburan

Tak Payah Nak Bawa Bahasa Korea Dalam Drama Melayu, Netizen Kecam ‘Ustaz Korea Sebelah Rumah’

Satu klip sedutan dari telefilem ‘Ustaz Korea Sebelah Rumah’ telah menjadi viral di Twitter sejak semalam kerana menampilkan dua pelakon utamanya, Nazim Othman dan Eyka Farhana bercakap dalam bahasa Korea.

Advertisement

Menurut Netizen, nada dan cara sebutan bahasa Korea oleh Nazim Othman dan Eyka Farhana kedengaran pelik dan tidak menjadi, membuat mereka ‘cringe’.

Video itu boleh ditonton di bawah:

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Telefilem Ustaz Korea Sebelah Rumah’ sebenarnya kali pertama ditayangkan pada 14 Mei 2016 di saluran Astro Ria. Ia mengisahkan mengenasi Natrah, seorang gadis peminat tegar K-Pop jatuh hati dengan seorang ustaz berwajah Korea yang baru berpindah di sebelah rumahnya. Pelbagai cara dilakukan untuk mencuri perhatian ustaz Korea sebelah rumah itu.

Netizen menulis:


Malah ada Netizen membangkitkan mengenai aktivis seni tempatan gemar mengutuk aktivis seni Korea, tetapi bercakap bahasa Korea dalam drama dan menerbitkan drama Korea versi ‘kedai runcit’:

Klip itu dipercayai dirakam dari ulang tayang drama tersebut di rangkaian Astro baru-baru ini.
Video yang dimuat naik oleh pengguna yang menggunakan tweethandle @okestern ini kini telah diulang tweet lebih 3,500 kali dan mendapat lebih 300 tweet balas. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...