Nampak gayanya kemelut adik beradik penyanyi popular, Shila Amzah semakin ‘panas’ selepas adik lelakinya, Amir Syafiq tampil membongkarkan ‘perangai’ penyanyi terbabit di live TikTok.
Kata Syafiq, kakaknya langsung tidak membuat sebarang perbincangan awal sebelum membuat keputusan untuk menjual rumah.
Bahkan, dia berkata Shila mahu menjual rumah tersebut kerana mempunyai nilai tinggi dalam pasaran.
Dia tahu rumah ni boleh datangkan duit. Mungkin nilainya RM2.5 juta sekarang.
Dalam pada masa yang sama, Syafiq dengan selamba mendedahkan kakaknya itu merupakan seseorang yang suka berpura-pura.
Malah merasakan tindakan Shila untuk menjual rumah itu dengan menggunakan kuasa ‘veto’ adalah tidak wajar.
Tak perlu nak back-up dia. Apa yang dia tunjukkan semua fake.
Tambahannya lagi, Shila serta orang-orang terdekat dengannya pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibu mereka, Datin Fauziah.