Seperti yang ramai tahu, pelakon Hafidz Roshdi sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu dengan bersaksikan keluarga melalui panggilan telefon.
Bagaimanapun, berita penceraian itu telah mengundang rasa tidak puas hati orang ramai terhadap Hafidz kerana bertindak menceraikan isteri terutama selepas kecoh isu curang.
Susulan itu, rata-rata netizen telah menularkan kembali video ‘pre-wedding’ yang dimuat naik oleh Hafidz di laman YouTube.
Menerusi video tersebut, Hafidz melakonkan semula detik perkenalannya bersama Shuhada sewaktu mereka sedang menuntut di sebuah universiti swasta.
Menurut pelakon berusia 29 tahun itu, dia memutuskan untuk memikat hati dan melamar Shuhada selepas wanita itu banyak membantunya ketika dalam kesusahan.
Dia sapu ubat kat aku, dia tolong bagi duit untuk kereta aku, dia ada bila aku perlukan dia.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa apabila Hafidz seakan-akan ‘cakap tak serupa bikin’.
Bukan itu sahaja, netizen turut menyifatkan Hafidz sebagai seorang yang mudah ‘lupa diri’ selepas meraih kejayaan menjadi pelakon.
Malah, ramai yang menggesa pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu untuk memadam sahaja video tayangan di majlis walimatul urus mereke 6 tahun lalu itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.