Tak Payah Ke Kedah Lagi, Tawau Pun Ada Bunga Sakura

Trending

Tak Payah Ke Kedah Lagi, Tawau Pun Ada Bunga Sakura

Sepanjang Persisiran Tawau

Warga Sabah sudah tidak payah mengeluarkan wang yang banyak untuk menikmati sendiri keindahan bunga Tekoma atau nama sainstifiknya ‘Tabebuia Sosea’ di Utara, Semenanjung lagi ataupun  di Jepun semata-mata untuk menikmati pemandangan pada musim bunga.

Advertisement

Jika anda dan keluarga ingin melihat sendiri keindahan bunga sakura ini, bolehlah ke Tawau, Sabah jika tinggal berhampiran. Rugi kalau tak pergi tau.

Pasti anda tertanya-tanya dimana boleh bergambar di Tawau dengan bunga Sakura? Anda semua berjalanlah di sepanjang Persisiran Tawau yang dipenuhi dengan bunga Sakura ini untuk menikmati pemandangan yang cukup indah ini.

Bunga tersebut akan mula gugur sepenuhnya sekiranya hujan mula turun, pada waktu itu sesuai lah jika anda ingin bergambar untuk dipaparkan kepada pengikut Instagram, Facebook dan Twitter.

Kepada warga Tawau, anda semua  jangan lepaskan peluang untuk memenuhi sekitar persisiran untuk bergambar dengan bunga berwarna merah jambu dan putih.

Fenomena ini juga telah wujud di Bandaraya Alor Setar, Kedah sejak 15 tahun lalu dan mengambil masa antara 4 hingga 5 tahun untuk mengeluarkan bunga.


Sumber: Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...