“Tak Payah Jadi CCTV Hidup Orang Lain, Sibuk Betul Nak Atur Hidup Orang” – Rozita Che Wan Minta Netizen Jaga Anak-Anak Sendiri

Hiburan

“Tak Payah Jadi CCTV Hidup Orang Lain, Sibuk Betul Nak Atur Hidup Orang” – Rozita Che Wan Minta Netizen Jaga Anak-Anak Sendiri

Sering menjadi mangsa kritikan, pelakon Rozita Che Wan tampil menegur segelintir netizen yang terus-menerus mempertikaikan cara dia membesarkan anak-anak, khususnya anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana.

Rozita atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar, 51, menegaskan bahawa setiap ibu bapa ada pendekatan tersendiri dalam mendidik anak dan tidak perlu mengikut cara orang lain.

Advertisement

rozita che wan

Jangan sibuk nak tegur rumah tangga orang kalau diri sendiri pun tak betul. Zaman sekarang ramai yang acah-acah dekat media sosial seolah-olah mereka betul.

Tegur anak kita kenapa tak macam itu, kenapa tak macam ini. Anak awak, ajarlah ikut cara awak. Anak saya, saya ajar ikut acuan saya.

Sibuk betul nak atur hidup orang. Awak jaga anak awak, saya jaga anak saya. Masing-masing ada cara sendiri.

Menurut pelakon Kiah Pekasam itu, ibu bapa lebih arif tentang keperluan anak mereka dan tidak sepatutnya tunduk dengan tekanan sosial daripada segelintir netizen yang kononnya serba sempurna di media sosial.

@rozitachewan1

Yg nak set mak dgn anak , STAY TUNED … insyaAllah monday .. very limited stock ! Ada 20 set saja ..! Book ur slot now ? . #kaftancheta #setanakmak #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan

? TOOTY TRUMPET – The Eastside Pact

Zaman sekarang ramai yang terpaling suci, terpaling nombor satu dan terpaling sempurna hidup mereka sampai sibuk nak cerca hidup orang lain. Tak payah jadi CCTV hidup orang. Jaga diri sendiri, fokus pada anak sendiri sudahlah.

Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pandangannya dan memuji sikap Rozita yang tegas, berpendirian, dan tidak mudah terpengaruh dengan kritikan.

Untuk makluman, Rozita berkahwin dengan aktor Zain Saidin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berumur 11 tahun.

Sebelum itu, Rozita pernah bernikah dengan Azuar Effendy Zulkafly pada 26 Ogos 1995 dan berpisah pada 8 Mei 2003. Hasil perkahwinan pertama, beliau dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 29, dan Aniq Ezzra, 27.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

puteri sarah liyana menang saman
2025-06-16 10:03:30

Difitnah Ambil Bahan Terlarang & Menyara Seorang Lelaki, Puteri Sarah Liyana Menangis Menang Saman RM150,000

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...