Masih belum reda isu antara Lufya Omar dan bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz mengenai isu hak penjagaan dan juga nafkah anak mereka, Lana Haura.
Terbaru, pelakon Julia Farhana pula turut terheret sama dengan isu ini apabila dia mendedahkan bahawa telah dilayan dengan buruk oleh Lufya gara-gara bakal bernikah dengan Che Muhammad tidak lama lagi.
Baru-baru ini, Lufya ada membuat siaran langsung di akaun Instagram miliknya di mana dia menafikan berasa cemburu dengan perhubungan cinta yang terjalin antara bekas suami dan Julia Farhana.
Kata Lufya, dia berasa kasihan terhadap Julia yang masih mentah dan belum lagi merasai fasa sebagai seorang isteri dan ibu, malah merasakan aktres itu tidak layak menjadi ibu tiri kepada Lana Haura.
Saya dah lama tahu pasal hubungan mereka. Korang nak kahwin, silakan! Tiada siapa jealous. Sebenarnya saya cakap terus terang yang saya kesian dengan budak itu (Julia).
Dia masih muda, orang kata belum lagi lalui perjalanan sebagai seorang isteri dan ibu.
Tambahnya, Julia masih ‘buta’ dalam percintaan dan mengakui ada menyekat pelakon itu di WhatsApp kerana merasakan tiada keperluan untuk orang lain campur dalam isu peribadi bersama bekas suaminya.
Julia sebelum itu ada berhasrat untuk memberi wang nafkah namun Lufya enggan menerimanya kerana dia hanya memerlukan kekasihnya itu hadir dan melaksanakan tanggungjawab dan kasih sayang buat Lana Haura.
Bukan nak berlagak tapi saya yang minta cerai. Kesabaran saya sudah tipis.
Sekadar info, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Che Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan yang kini berusia lima tahun.
Mereka berdua kemudian bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.