Jodoh maut di tangan tuhan, begitulah ungkapan yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan ini khabarnya hanya berjiran sebelah rumah dan akhirnya selamat bergelar suami isteri.
Baru-baru ini tular sebuah video di aplikasi TikTok yang ternyata telah mencuri perhatian netizen di mana pasangan pengantin yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dan merupakan jiran sebelah menyebelah.
Video tersebut telah dikongsikan oleh @eyda.rahm4n dan difahamkan gadis itu sedang berada di majlis perkahwinan adik lelakinya.
Dan tiada siapa menyangka, jodoh adik lelakinya itu hanya berada di depan mata sahaja, tak perlu mencari yang jauh-jauh.
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai pengguna media sosial TikTok tampil mengucapkan tahniah dan turut gembira dengan perkahwinan pasangan tersebut.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing yang turut bertemu pasangan masing-masing secara berjiran ataupun dekat dengan tempat tinggal masing-masing.
“Selamat pengantin baru..apa pun raya senang je..sebelah rumah je..” komen seorang netizen.
“Saya pun sebelah rumah. Tulah kalau dah jodoh dekat pun jadi.” kongsi pengguna TikTok yang lain pula.
Apa yang penting, tak perlu bergaduh nak balik rumah siapa dahulu kalau tiba musim raya!